Thursday, February 24, 2011

Blueberry Cheese Tart

           So started with the filling dulu eh, kalolah ada orang tetiba tersalah beli macam aku :) Ehm bancuhan ni menghasilkan 26 biji tart.

Filling blueberry

1 1/2 cawan gula
2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung + beberapa sudu besar air panas
16 oz/1lb/1 tin blueberries

Cara-cara:
Campurkan gula dengan air dan masak atas dapur (macam kita nak buat air gula)
Tunggu sampai mendidih selama 10 minit kemudian tambah tepung jagung
Kemudian campurkan blueberries
Tunggu sampai adunan menjadi pekat (memang lama, sebab sempat aku bancuh adunan crust, perap ayam untuk nasi ayam)

            Anyway, jangan risau,akhirnya ia menjadi seperti ini

 Blueberry filling
Pastry

160g butter
80g gula castor (gula kat sini dah halus,jadi guna aje yang sedia ada)
1 teaspoon vanilla
A pinch of salt (provided guna unsalted butter)
1/2 biji telur (aku letak sebiji telur size medium)
250g flour

Method:
(Aku adalah membuat kek dan cookies cara conventional, takde mixer, suma guna tangan dan sudip kayu)
Beat butter,castor sugar until well beaten.
Beat egg,vanilla and salt together before joined them to the butter.
Add flour and mix them till you get the soft dough
Then keep the dough in the refrigerator for about 30 minutes (reason: aku tak tahu)
 After 30 minutes, press the dough into the tart shells and prick some holes in every shells. (Aku takde tart shells, maka mengubahsuai lah kite ye, aku guna kertas cup cake tu je dan letak dalam muffin punye dulang bakar, dan aku adalah lupa nak prick holes, tapi it turns out okay je. Lagi satu, tips lah, buat bulat-bulat sebesar ibu jari untuk ditepek pada cupcake atau tart shells tu)
Bake for 20 minutes or golden brown in 180C or 360F



Creamy Filling

250g Philadelphia Cream Cheese
60g sugar (lain kali buat aku nak kurangkan kot ke 40g,manis sangat aku rasa)
20g butter
1 egg grade B (aku guna size medium)

Method:

Cream the above ingredients
Place in the piping bag (again, I got no piping bag, no kertas minyak untuk buat sendiri, so I'll go by conventional guna sudu sahaja)
Pipe the filing onto the tart shells
Place a bit of the blueberry filling on top (use toothpick to make it look good,which I did not do)
Bake for another 10 minutes using the bottom heat.








It's yummy!!

Nasi Tomato

          Nak post resepi nasi tomato :) Dapat daripada myresipi.

Bahan-bahan:

2 Cawan Beras
2 Biji Tomato - potong dadu
2 Cawan air
1/2 Cawan susu segar
3 sudu besar sos tomato

Bahan Tumis:

2 Sudu Mentega
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih - hiris
1/4 bawang besar - hiris

Cara-cara:
Tumis bahan-bahan tumis kemudian gaul sebati dengan beras yang di basuh tadi.
Masak nasi macam biasa. ( campur bahan-bahan kat atas)


It's yummy!!

Tart Nenas Gulung

Inti:
Sebiji nenas masak, kupas kulit dan blender.
Hasil blender, masak atas api sederhana campur gula dalam 2-3 senduk. (ikut nak manis mana, kena pandai adjust)
Kena selalu kacau supaya tak melekat, tunggu sampai inti kering dan bertukar warna menjadi gold brown.

 Tepung/Kulit:

300g tepung gandum
250g butter
2 sudu susu tepung
3 sudu gula halus
1 bjij kuning telur
sedikit essence vanila

Cara-cara:
Uli semua bahan sampai sebati kemudian terap guna acuan tart gulung, lepas tu letak inti.
Bakar dalam 350F selama 15-20 minit

           Dah siap. Kalo ada orang suka letak sikit kuning telur kat atas kuih sebelum bakar jadi cantik. Ikut suka lah.


           Sekian dari aku :) Selamat mencuba.


It's yummy!!

Spaghetti Bolognese Italiano!!!

          Okay yang resepi ini memang aku suka. In fact aku baru buat hari ni,dan dah amik gambar pon. Tapi layan je lah gambar kat bawah ni dulu eh.
                                                  Sila berpuas hati dengan gambar google eh :)

Bahan-bahan: (untuk 6 orang)

Spaghetti 500gm
Daging cincang 500gm
200 ml susu segar
1 labu bawang besar kuning dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin sedang tomato puree
4-5 tomato segar ranum didadu
1 batang carrot didadu kecil
2 batang celery didadu kecil
1 tin cendawan butang dihirs (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh oregano kering
garam dan gula
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar butter
Parmesan cheese untuk hidangan
* ikut resipi asal red wine 200 ml (aku substitute dengan 100ml grape juice, 100 ml vinegar)
* aku guna prego traditional menggantikan tomato puri dan tomato
* aku tak letak celery dan kiub daging lembu

Cara-cara:
1. Rebus spaghetti mengikut instruction yang diberi.
2. Panaskan minyak dan butter kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
3. Masukkan daging cincang sampai perang.
4. Masuk sayur.
5. Masuk susu sampai mendidih dan diserap oleh daging.Masuk wine substitution.
6. Masuk prego @ tomato puri, kemudian garam dan gula secukup rasa.
7. Reneh sampai pekat.

            First time buat aku tak letak substitute red wine manakala second time aku letak substitute. Pendapat aku, lagi sedap yang second time. Rasa macam best gile. hehehe..By the way, aku amik resipi ni dari myresipi.com.my yang mana si pemberi resipi amik resipi dari italian resipi katanya. Tapi, yang penting sedaplah hasilnya. Tekak aku lah :)
It's yummy!!

Spaghetti Carbonara

          Ini pulak spaghetti carbonara...

 
             Resipi ni aku amik dari www.godine.co.uk. Pendapat aku lah, kalo nak masak western food yang sedap, memang kena cari dari orang western jugak. Kalo tak rasa dia cam lain.. wah macam aku pernah makan kan yang orang western masak, maksud aku.. nampak lain dan seperti lain lah..hehehe..okay dah lets get serious :)

Ingredients:

  1. 225g / 8oz pancetta or smoked bacon ( ganti dengan daging lembu halal)
  2. 4 cloves garlic
  3. 2 tablespoons olive oil (aku ada canola oil je, jadilah)
  4. 15g / ½ oz butter
  5. 4 tablespoons dry white wine (ganti dengan mild vinegar, dan aku hanya guna 1 sudu je, sebab tak suka masam)
  6. 3 eggs (aku guna 2 biji je, takut hanyir..hehehe)
  7. 80g / 2 ½ oz freshly grated parmesan or pecorino romano (or a mixture of the two) (kat rumah ada american cheese, so aku grated kan je)
  8. salt and pepper
  9. 2 tablespoons chopped parsley
  10. 450g / 1 lb spaghetti
How to cook:

  • Cut the meat into thin strips. 
  • Peel and lightly crush the garlic cloves.
  • In a small frying pan put the oil, butter and garlic and fry over a medium heat. Remove the garlic when it turns deep gold, then add the meat to the pan and cook until it starts to crisp. 
  • Add the vinegar and let it bubble for a couple of minutes then turn off the heat.
  • Bring a large pan of water to the boil for the spaghetti. Salt it with 2 tablespoons salt to 5 litres of water approx. When the water boils again add the spaghetti.
  • In a large serving bowl break the three eggs. Beat them together with the grated cheese, freshly ground black pepper and the chopped parsley.
  • When the spaghetti is cooked, drain it, then immediately toss it in the serving bowl with the eggs, until all the spaghetti is well coated. The eggs will just cook enough in the heat from the hot pasta. 
  • Reheat the meat mixture briefly over a high heat, as you drain the pasta, then add to the egg coated spaghetti and toss again thoroughly. Serve immediately.  
           My truly comment, memang sedap provided makan terus masa panas tu. To those yang memang suka dengan western food will absolutely fall in love with this simple and easy recipe.  

It's yummy!!

Mini Murtabak Segera

          Jadi meh aku kongsi resipi yang aku dapat dari myresipi.com.my ni. Ini kira resipi mini murtabak segera, sebab dia guna kulit popia sebagai pembalut dan aku punya kulit popia adalah kecik jadilah mini.

Bahan-bahan:

100g daging cincang
2 biji ubi kentang - potong dadu
1 sudu setengah rempah kari ( guna lah kari adabi untuk daging/ayam lagi sedap)
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - potong dadu
Daun sup
2 biji telur
1 sudu kecil garam
Kulit popia

Cara-cara:

Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau
Masuk rempah kari dan tunggu sampai pecah minyak
Masuk daging cincang
Masuk kentang tunggu sampai empuk
Masuk garam dan daun sup
Tutup api

Pukul telur dalam mangkuk dan masukkan inti yang telah dimasak
Kacau sebati
Ambil kulit popia, bungkus dan goreng



           Nyumnyum..pendapat murni aku, memang bole telan memandangkan duduk dekat US ni.. tapi kalo kat malaysia, head up ke bazaar sudah, make sure kedai tu yang memang terkenal dengan kesedapannya sebab this receipe tak really impressed lah..hehehhe..okay..still aku nak letak dalam kumpulan resipi aku ni sebab in case aku perlukan di waktu terdesak semasa bertandang ke tempat yang tak jual murtabak marvelous macam kat Malaysia..huhuhu.. okay dah..


It's yummy!!

Popia Goreng

            Popia Goreng :
Bahan-bahan:

  • Lobak 1 batang
  • Sengkuang sebiji
  • Tauge 30 sen
  • Kulit popia (alhamdulillah, adalah kulit popia tu jual kat sini, tapi yang mini lah.. yang besar takde)
Cara-cara:

  • Hiris halus lobak dan sengkuang seperti mancis
  • Celur tauge dalam air panas
  • Gaulkan ketiga-tiga sayuran
  • Letakkan dalam kulit popia, ikut sedang elok nak lipat kulit popia, bentukkan jadi popia
  • Cara nak lipat kulit popia, rujuk je belakang pembalut kulit popia
  • Gam guna air
  • Kemudian goreng 

 Sebelum goreng

Selepas goreng

               Senangkan :) tapi lagi senang kalo kat malaysia.. singgah je gerai dan beli.. hahaha..


It's yummy!!

Daging Masak Kicap Bercili

 

              Resipi nya diambil dari myresipi yang telah diberi oleh hudahana. .memang wallah..just make sure yang korang pandai adjust asam,pedas,manis dan kicap then sure superb result dia. hehehe..terasa cam apakah masak kicap pon nak google..tapi sebab rasa nak try cara lain plus jadi sedap so kira tak rugi lah..biasa kalo masak kicap, aku hiris je semua bawang dan cili kemudian tumis,letak daging dan campur kicap,letak garam..dah...so simple right???tapi version kali ni,walaupon kena buat banyak sikit tapi hasilnya macam makan lauk kenduri kawin dagin masak kicap yang sedap okay..bayangkan kenduri kawin yang makanannya sedap okay..hehehe..

           Okay enough with promotion and explanation...here's the recipe:

Bahan-bahan:
  • 500g daging batang pinang - di hiris
  • 15 tangkai cili kering
  • 1/2 camca teh jintan besar (aku tak tahu apa jintan besar dan kecil tapi aku assume jintan manis dan putih, whatever aku guna je jintan yang aku ada dalam simpanan,muahkahkah)
  • 1/2 camca teh jintan kecil
  • 1 camca teh lada hitam ( aku letak sesuka hati aku jer)
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • kicap pekat
  • sedikit air asam jawa
  • 2-3 biji bawang besar dimayang
  • garam & gula secukup rasa 
  • aku tambah kentang 2 biji dan lada besar merah 3 tangkai

Cara-cara:

  1. kisar cili, jintan, lada hitam, halia, bwg merah & bwg putih
  2. tumis bahan kisar sehingga naik minyak
  3. masukkan daging dan kentang (kentang empuk tanda daging masak)
  4. masukkan air asam jawa, kicap, garam & gula
  5. renihkan seketika, masukkan bawang besardan lada besar)
  6. tutup api, sedia utk dihidang 
         Itu saja dan selamat mencuba :)


It's yummy!!

Nasi Goreng Cendawan

          Resepi di ambil daripada myresipi.com.

terajin sikit nak hias dulu baru amik gambar =)

 Bahan-bahan:

Nasi putih
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 2-3 biji
Cili (ikut suka pedas,aku mesti lah banyak sebab aku gile pedas,hehe )
Cendawan (agak2 lah banyaknye)
Isi Ayam (potong kecik2, tapi aku tak masukkan pon masak tadi sebab ayam frozen)
Udang senggengam (aku tak letak jugak)
Telur
Sos tiram
Kicap
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Kisar halus bawang besar,bawang putih dan cili
Tumis bahan kisaran sampai naik minyak
Letak sos tiram,kicap dan garam (agak-agak lah)
Letak cendawan, biar 2-3 minit
Letak telur biar 1-2 minit
Letak nasi dan gaul rata

           Siap dan boleh di hidang =)

It's yummy!!

Ayam Goreng Berempah Madu

 Resepi yang ini ciptaan aku sendiri, tapi silalah cuba mana tahu ketagih.hehehe
         Ayam Goreng Berempah Madu

Things you need:

  • Ayam (bersihkan dan di potong-potong )
  • Bawang merah 6 biji (aku punye bawang merah lagi besar dari bawang besar,aku guna 1/2 )
  • Bawang putih 3-4 biji
  • Serai 2 batang
  • Halia 1 inci
  • Sos tiram
  • Kicap masin
  • Kicap manis
  • Garam secukup rasa
Steps:

  • Bawang-bawang, serai dan halia di kisar halus
  • Tuang dalam bekas berisi ayam
  • Letak kicap masin,manis dan sos tiram (aku main agak2 jer)
  • Pastu peram at least 5 jam, lagi baik satu hari
  • Kemudian goreng sampai masak
Seriously easy and yummy..so give it a try k..

       Okey, here's the picture


 

 
It's yummy!!