Friday, May 27, 2011

Chocolate Chunk Muffins


           Ini percubaan pertama buat muffin sendiri. Dah lama usha resepi ini, memang terpengaruh lah tengok kegebuan dia kat dalam blog masakan orang lain kan. Jadi lebih kurang sebulan lalu kot, tercapailah hasrat nak masak muffin ni...my verdict; muffin ini lembut cukup, gebu pun cukup cuma kurang manis. Both me and hubby memang rasa muffin ini kurang manis...kami memang sepakat kalo dalam bab manis ini..kalo makan dessert, kuih atau kek kalo tak manis maka memang tak mendapat sambutan lah kan..huhuhu..

         Resepi yang aku buat ini boleh dapat almost 24 cups kalo guna medium sized punya acuan. Lain kali kalo buat akan lebihkan gula. Tapi baru-baru ini beli premix muffin chocolate chip betty crocker..ehm marvelous dowh..harus encik suami kata..tak payah susah-susah, beli dan guna jer premix tuh..huhuhu..terpaksa setugu dan mengangguk-anggukkan kepala sambil senyum tersipu-sipu..aduhai..

         Still I will share the recipe here..copy paste jerlah eh..tima kasih empunya resepi :)

Resepi ditemui di secubit garam.

SOURCE: Baking from my home to yours by Dorie greenspan

Ingredients:

6 tbsp butter
4 ounce bittersweet chocolate-cincang ( I guna coklat chips biasa jer)-dibahagikan ~ aku pon guna choc chip
2 cawan tepung gandum ( I guna 1 cawan tepung gandum , 1 cawan tepung kek) ~ aku guna tepung gandum whole
2/3 cawan gula pasir ~ mungkin jadi 1 1/4 cawan gula pasir next time
1/3 cawan serbuk koko
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1-1/4 cawan buttermilk ( I guna sour cream)~ aku pun guna sour cream
1 biji telur size besar
1 sudu teh esen vanilla



Methods:

Dalam periuk kecil masukkan butter & 2 oz coklat cairkan & ketepikan.
Dalam mangkuk besar campurkan semua bahan kering, kemudian masukkan telur, sour cream atau buttermilk & vanilla kacau rata.
Masukkan coklat cair & lebihan coklat chips (coklat chunk tadi) gaul rata. Tak perlu risau kalu ada lump2 sikit.
Masukkan dlm muffin pan ( I guna muffin pan yg size besar ada 12 lubang )
Bakar dlm oven yg suhunya 375F selama 20-25 min

Tips dari kak nor:

Buttermilk boleh digantikan dgn susu cair yg diletakkan jus lemon.
Caranya perahkan lemon dlm 1 1/4 sudu besar kedalam bekas sukatan dan tuang susu cair mengikut sukatan yg diperlukan ( 1 1/4 cawan)

Selamat Mencuba:)

It's yummy!!

Beef Lasagna


             Dulu masa student, ada pernah buat sekali lasagna, my housemate lah yang buat..Aku setakat membantu sajork..but it turns out great anyway. Lepas tu, takde pernah buat lagi sebab nan ado masa. Tetiba sang suami teringin nak makan lasagna, jadi aku pon search la resepi..maka aku combine resepi dari sini dan dari sini. Fuhhh mantop tuh rasanya.

             Mari kita kongsi resepi di sini, senang untuk rujukan di masa akan datang.Ada 3 steps, making the cheese sauce, cooking the beef and layering the lasagna. Firstly, we make the cheese sauce okay;

Cheese Sauce Recipe
Ingredients:


Cheddar cheese(Kraft) -250g grated
600ml fresh milk
250ml water
3 tbsp butter
4 tbsp plain flour
a bit of black pepper powder

Methods:


Heat wok(best if its a non-stick wok).
Using a medium small heat, add in butter.
When butter has melt, add in flour and whisk till incorporated with the butter.
Keep on stirring so as not to make the flour burnt.
Add in half of the fresh milk and keep on stirring with the whisker so as not to get a lumpy mixture.
Add in the balance milk and water and keep on stirring so as the flour do not stick to the base of wok and get burnt.
When the sauce has boiled, add in the cheddar cheese and stir well.
Add in black pepper and let it boil till cooked.
Turn off heat and cheese sauce is ready.

Beef  Sauce
Ingredients:

1 large onion, sliced
About 500g shredded mozzarella cheese
1 small bottle of pasta sauce, 400g
pasta sheets* (I use about 9 sheets for a 3 layered lasagna) , choose the type that don’t require pre cooking
600g minced beef
1/2 to 1 cup red cooking wine ~ substitute dengan grape juice
1 tbsp olive/vegetable oil
5 bay leaves (optional)
a bit of grated parmesan cheese/shredded ricotta cheese (optional)

Methods:

Heat some oil in a saucepan or wok, and saute the sliced onions till they are translucent.
Fry the minced beef for a while,
Add the pasta sauce, bay leaves and red cooking wine/grape juice
Mix evenly, cook till beef is browned, bring to a simmer and dry consistency, season with salt & pepper if you like and off the flame.

Layering Lasagna

Preheat oven to 350F.
Pour 1/2 cup of the beef sauce into a lightly greased baking dish.
Layers of lasagna.
Pour cheese sauce accordingly.
Repeat the layers till the edge of the baking dish.
End the layers with cheese sauce and sprinkle the mozarella cheese and grated Parmesan cheese.
Bake in oven for 35-40 minutes or until cooked through (test if cooked by pricking with a fork).
Let stand 5 minutes before serving.


It's yummy!!

Sunday, May 22, 2011

Apam Beras


              Apam ni dah buat lama dah, beberapa minggu yang lepas..sebenarnya dah khatam baca resepi banyak kali, tapi sebab nak kena guna nasi kan maka hasrat pon terkubur..lagipon was-was takut tak sedap..hehhehee.. tapi setelah beberapa kali khatam lagi resepinya, maka tercapailah hasrat. Kebetulan ada nasi sejuk lebih malam semalam.

              Komentar selepas memasak dan merasa hasilnya, yup definitely akan buat lagi bila terasa nak makan apam.Sedap bah..Aku sajer je letak pelbagai warna, kasi meriah dan acuan itu adalah acuan tart sebenarnya..hehehhe..yang penting jadi..kan..



             Resepi aku jumpa kat myresipi. Aku copy and paste lah yer..

Resepi Apam Beras

Bahan-bahan ( 5 org )
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1.Blend nasi dan air sehingga hancur.
2.Setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3.Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4.Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung.
5.Kacau sehingga sebati dan perap selama 3 jam.
6.Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7.Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!



It's yummy!!

Monday, May 2, 2011

Kuih Talam Gandum


              Kan dah kata sepanjang senyap sunyi adalah proses buat kuih tradisional..wahh..takdelah susah tapi setiap petang buat kuih, takde masa nak hadap blog. Memang waktu petang, bila dua-dua anak tido, itu jelah masa yang perlu diutilize dengan baik. So choose buat kuih or update blog..haaaa gitu..so kalo asyik update, nak update apa kan kalo takde try buat resepi..maka mari memasak which is what I love to do.

             Kuih talam gandum, lagi satu resepi kuih tradisional yang kita suka makan jugak. Kalo kat pasar malam Jerantut, senang nak dapat yang sedap..maklumlah masih ramai lagi makcik-makcik yang berpengalaman membuatnya. Tapi kalo kat sini, silalah membuka langkah silat sendiri untuk merasa kuih tersebut. Lagipon puas hati dapat makan masakan sendiri. Resepi ini memang recommended, kena betul dengan selera saya dan suami.

Resepi kuih talam gandum, copy paste sahaja yer..ooh dan lagi saya seperti biasa buat 1/2 dari resepi asal.

Saya jumpa kat blog bdaria.
Sumber: mama kastam tioman, myresepi.com

Bahan-bahannya:

Bahagian bawah(A)

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air gula merah(1/2 kilo gula merah + 2 cwn air = dimasak dan disejukkan. ambil 1 1/2 cawan sahaja....bakinya boleh disimpan)
4 cawan santan cair

Bahagian atas(B)

4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa atau 200g santan dalam kotak + air = 4 cawan)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam

Cara-caranya:

Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
Satukan adunan bahagian bawah (A) dan masukkan kedalam blender dan blend sekejap sehingga sebati kesemuanya. ~ Aku tak blend pon, kacau sajork.
Masukkan kedalam loyang dan kukus 20 minit atau sehingga ia nampak keras.
Buka kukusan dan angkat loyang tersebut dan biarkan diluar sebentar supaya baki air kukusan tersejat.
Sediakan adunan bahagian atas (B).
Ambil bekas dan masukkan tepung gandum, garam dan kemudian santan pekat sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga tepung dan santan sebati dan tidak berketul.
Jangan di blend nanti bahagian permukaan kuih talam tidak cantik dan merekah.
Ambil garpu dan buat lorekan atas permukaan lapisan bawah supaya lapisan bawah dan atas tidak terpisah. Jika masih ada air atas permukaan lapisan bawah, ambil tisu dan letakkan atas permukaan kuih supaya ia air dapat diserap dan kemudian lorekkan dengan garpu.
Bila lapisan atas(B) sudah sebati, tapis dan tuang di atas lapisan bawah. Kukus selama 1/2 jam.
Selepas 1/2 jam, buka penutup pengukus dan biarkan 10 minit kemudian baru tutup api. Ini petua untuk mengeringkan wap air atas lapisan atas.
Selepas itu potonglah kuih ini selepas ianya agak sejuk sedikit.

It's yummy!!

Kuih Kaswi


              Aku memang suka makan kuih kaswi. Tapi tak pernah cuba buat sendiri sebab memang tak pandai. Selama ini yang buat kuih kaswi setiap kali aku teringin nak makan adalah maktih.Pergh..maktih punya kuih kaswi memang terbaik..malahan sebenarnya terbaik dari kuih kaswi yang aku buat ini. Tapi bagi melepaskan kepingin nak makan memang boleh pakai la resepi ini. Cuma nak kena tepon maktih la rasanya nak minta resepi kuih kaswi.

Resepi dijumpai di blog CMG
Source Blog Rozan

Seperti biasa, aku memang buat half resepi, try and error ma..hehehe..tapi resepi yang bakal aku copy paste ini adalah resepi asal.

Bahan A:
450 ml air
350 g gula melaka, potong kecil2
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul

Bahan B:
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
1 camca makan air kapur
2 camca makan air abu cang (boleh beli di kedai2 menjual bahan2 baking) ~ aku tak bubuh sebab takde
2 camca makan pewarna coklat

Bahan Lain:-)
Kelapa parut puith secukupnya
Sedikit garam

Cara membuatnya:
Masak semua bahan A hingga larut, tapis dan sejukkan. Ketepikan.
Satukan semua bahan B dan kacau dengan wisk hingga semua larut.
Satukan bahan A dan bahan B. Gaul rata.
Tapis adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus 35 - 30 minit atas air mendidih, gunakan api sederhana.
Jika menggunakan bekas2 kecil, kukus 10 minit.
Biar sejuk sebelum dihidangkan bersama parutan kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam.
Kukus kelapa 5 minit untuk lebih tahan lama.

It's yummy!!