Monday, May 2, 2011

Kuih Talam Gandum


              Kan dah kata sepanjang senyap sunyi adalah proses buat kuih tradisional..wahh..takdelah susah tapi setiap petang buat kuih, takde masa nak hadap blog. Memang waktu petang, bila dua-dua anak tido, itu jelah masa yang perlu diutilize dengan baik. So choose buat kuih or update blog..haaaa gitu..so kalo asyik update, nak update apa kan kalo takde try buat resepi..maka mari memasak which is what I love to do.

             Kuih talam gandum, lagi satu resepi kuih tradisional yang kita suka makan jugak. Kalo kat pasar malam Jerantut, senang nak dapat yang sedap..maklumlah masih ramai lagi makcik-makcik yang berpengalaman membuatnya. Tapi kalo kat sini, silalah membuka langkah silat sendiri untuk merasa kuih tersebut. Lagipon puas hati dapat makan masakan sendiri. Resepi ini memang recommended, kena betul dengan selera saya dan suami.

Resepi kuih talam gandum, copy paste sahaja yer..ooh dan lagi saya seperti biasa buat 1/2 dari resepi asal.

Saya jumpa kat blog bdaria.
Sumber: mama kastam tioman, myresepi.com

Bahan-bahannya:

Bahagian bawah(A)

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air gula merah(1/2 kilo gula merah + 2 cwn air = dimasak dan disejukkan. ambil 1 1/2 cawan sahaja....bakinya boleh disimpan)
4 cawan santan cair

Bahagian atas(B)

4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa atau 200g santan dalam kotak + air = 4 cawan)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam

Cara-caranya:

Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
Satukan adunan bahagian bawah (A) dan masukkan kedalam blender dan blend sekejap sehingga sebati kesemuanya. ~ Aku tak blend pon, kacau sajork.
Masukkan kedalam loyang dan kukus 20 minit atau sehingga ia nampak keras.
Buka kukusan dan angkat loyang tersebut dan biarkan diluar sebentar supaya baki air kukusan tersejat.
Sediakan adunan bahagian atas (B).
Ambil bekas dan masukkan tepung gandum, garam dan kemudian santan pekat sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga tepung dan santan sebati dan tidak berketul.
Jangan di blend nanti bahagian permukaan kuih talam tidak cantik dan merekah.
Ambil garpu dan buat lorekan atas permukaan lapisan bawah supaya lapisan bawah dan atas tidak terpisah. Jika masih ada air atas permukaan lapisan bawah, ambil tisu dan letakkan atas permukaan kuih supaya ia air dapat diserap dan kemudian lorekkan dengan garpu.
Bila lapisan atas(B) sudah sebati, tapis dan tuang di atas lapisan bawah. Kukus selama 1/2 jam.
Selepas 1/2 jam, buka penutup pengukus dan biarkan 10 minit kemudian baru tutup api. Ini petua untuk mengeringkan wap air atas lapisan atas.
Selepas itu potonglah kuih ini selepas ianya agak sejuk sedikit.

It's yummy!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for speaking it out loud!!