Thursday, March 31, 2011

Assorted Rolls @ Milk Buns


           Fuh lama gila tak bersiaran..aceh macam ada yang membaca jer kan..(syok sendiri bole?) anyway, tak sempat nak duduk dan transfer gambar sebab anak-anak tak sihat..sempat memasak..itu pon kena pandai nak mencuri masa..gitulah gayanya duduk di perantauan lah katakan.

           Jadi ini nak sharing dan for my own reminder lah receipe assorted rolls ni.. yang ini buat dah lama dah..ada lah sebulan dua yang lepas..hahhaa..apakah kan lambat gile masuk entry..takper biar lambat asal akhirnya masuk dalam entry :)

          Resepi ini jumpa kat blog kak Jun (Yummylicious). Sebenarnya resepi nya adalah untuk milk buns..tapi aku telah membuat mengikut acuan tekak dan citarasa aku..Itu yang tak semena-mena menjadi assorted rolls tuh. And by the way, menurut kak jun, dia dapat resepi dari sini.

Resepi Milk Buns @ Assorted Rolls

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung roti
3 sudu besar + 2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1 biji telur A
1/2 cawan susu segar
120gm 'tangzhong' ( resipi kat bawah)
2 sudu teh yis
3 sudu besar butter

Cara-cara

Sementelah aku pon takde bread maker, maka menguli guna tangan sajork.
Campurkan semua bahan kering kemudian buat lubang di tengah-tengah, letakkan bahan-bahan basah iaitu telur, tangzhong dan susu segar.
Agak-agak dah nak jadi doh, campur butter.
Uli selama lebih kurang 15-20 minit sampai jadi doh bulat dan licin.
Rehatkan selama 40 minit hingga sejam. Tapi sebab rumah aku ini, sejuk, amik masa dalam dua jam jugak baru doh naik 2 kali ganda.
Bahagi kepada beberapa bahagian, tapi aku memang bahagi 16 lah. Memula bahagi 2, sebelah tu bahagi 2 lagi, dari sebelah yang baru dibahagi, bahagi 2 lagi..ehm kalo paham paham la yer..yang penting sebelah dari yang pertama akan dapat 8 biji..Supaya bila kita bakar,kebesaran dia jadi sedang elok masuk mulut jer, tak de lah gabak sangat..Ini berdasarkan pengalaman beberapa kali menguli lah..kekadang malas, bahagi 4/6..hasilnya, sebiji roti bole makan 3-4 kali..huhu..
Lepas dah bahagi, bentukkan lah seperti mana yang disukai, biar rehat lagi selama 40 minit..tapi aku selalunya tak buat part ini..hehe..





Resepi tangzhong

25gm tepung roti
125ml air

Campurkan n masak atas api sederhana
Kacau hingga pekat dan angkat
Adunan ni cukup-cukup untuk doh resepi ini.
Kalau tak guna,simpan dalam fridge sehingga bertukar warna, bermaksud tak elok sudah.

Untuk membuat bentuk yang pelbagai itu, kita belajar dari blog mamafami.

Sebelum mengundur diri, terima kasih semua yang terlibat, dari resepi sampai ke bentuk roti :) Memang sedap dan lembut roti ini..


It's yummy!!

Saturday, March 26, 2011

Memang Amatur..Kek Gulung Kasih ke kasihan ini???


             Lama tak bersiaran sebab hujung minggu lepas ke lubbock melawat kawan bersalin. Penat seminggu, bukan tak memasak..cuma tak sempat nak update sebab  bebudak meragam. Memula penat berjalan jauh, kemudian dapat pulak demam, selsema dan batuk..mungkin kalo tak improve over the weekend, ke klinik lah hari isnin ni. Aduhai...

            Anyway, kek ni kita cuba buat hari Isnin ke Selasa lepas..Ehm sebab kurang mahir kan, maka dia macam tergaring, jadi terpecah lah kalo potong..ini silap sebab oven kita ni memang macam cepat panas sikit..kita salah adjust..silap instinct pulak..hehehe..Dan lagi sebab loyang bakar kita besar, sepatutnya kena double adunan baru okay kot.

            Resepinya, kita amik dari rumah ita yang menurut dia, diamik dari rumah dayang. Diaorang memang pakar lah..tengok gambar hasil diaorang tu memang nampak sedap dan menggoda..Minta izin copy resepi ke blog kita eh untuk buat rujukan kita nanti.

Resepi Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :

  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning


cara-cara :

  • Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
  • Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
  • Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
  • Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
  • Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  • Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  • Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
  • Gulung kek dengan kemas.
  • Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
          
            Intinya itu kita buat buttercream, kita amik resepi dari sini. Kita copy and paste kan resepinya lah untuk sesiapa yang mungkin amatur macam kita tak tahu nak buat kan..Tapi kita tambah 1 sudu besar jem strawberi sebab nak rasa cam krim strawberi :)

Buttercream / Krim Mentega

Bahan-bahan
120gm mentega
300gm gula icing - diayak
2 tsp esen vanila

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan pukul hingga rata dan berkrim. Sedia digunakan untuk sapuan pada cupcake.

** icing ini untuk sapuan pada permukaan cupcake dan bukan untuk tujuan menghias.

            Kita rasa mesti sedap kalo tak tergaring..huhuhu..nanti kita cuba lagi okay:)

It's yummy!!

Thursday, March 17, 2011

Mee Goreng Mamak!!!


               Ada gaya mamak????? nan ado..iyer..aku memang nak post resepi failed 2 in a rows..sajerr buat peringatan tuk diri sendiri. anyway, memang susah nak cari resepi mee goreng mamak yang mamak..jgn kata suruh pegi beli kat kedai mamak eh...kalo dah kat malaysia, lama dah aku menapakkan kaki ke kedai..koser aku nak try resepi sinun sini..

             Jadi resepi ni source dari sini. Mungkin aku kot yang tak pandai..atau sebab tak kena dengan selera. Yang pasti ke tong sampah sahaja mi aku nih..huhuhu...

It's ain't yummy!!

Wednesday, March 16, 2011

Mexican Bun!!!


             Okay, ini resepi semalam. Sudah 3 hari tangan tak membaking, jadi gatal je rasa..maka terhasillah mexican bun ni. Kira roti ni ala-ala roti Papa Rich, Rotiboy yang jual RM1.50 sebiji. Alkisah, aku amik resepi ni dari myresipi untuk filling dan topping. Tapi untuk roti, aku guna resepi kak jun.

             Aku tak tahu mana silapnyer, tapi topping dia, tak kasi kesan bau yang mendalam macam roti boy atau Papa Rich. Rupa macam ada lah kan..tapi rasa takder..tak tahu lah aku silap tang mana..huhuhu..tapi roti sebab aku dah kali kedua buat resipi ni, so memang lembut, manis lah.

             So, ala-ala fail the mission lah..just for my note lah entry ni. Kalo nak resepi tekan sajork link yang telah di beri. Anyway, thanks both of them for the recipes.  

It's ain't yummy!!

Saturday, March 12, 2011

Sambal Kering Ikan bilis, Kentang dan Kacang


               I've been craving for this menu for quite sometime. Asik dok terkenang masa zaman student, everytime makan kat kedai, mesti cari menu ni. Masa kat ipoh, kat restoran sabar menanti memang selalu ada menu ni untuk lunch hour. Oleh sebab minat sangat, maka cuba lah buat semalam menggunakan deria rasa ingatan masa makan, sebab tak terpikir pulak nak cari dalam internet. Tapi alhamdulillah, sebab menjadi..mari-mari berkongsi resepi sebelum ingatan aku memudar..hehehe..

Bahan-bahan:

Bahan A
Seraup ikan bilis halus digoreng garing
Sebiji kentang di potong nipis-nipis dan digoreng garing
1 cawan kacang tanah digoreng

Bahan B
Bawang merah 3-4 biji
Bawang putih 2 ulas
Cili kering 10-15 tangkai (ikut kesukaan pedas)

Bahan C
Gula 3 sudu besar flat
Garam
Sos tomato 1 sudu besar
Sos cili 1 sudu besar

Cara-cara:

1. Kisar bahan A dan tumis sehingga naik minyak
2. Masukkan bahan C dan sesuaikan rasa masam manis
3. Pastikan kering sikit tumisan kemudian masukkan bahan A.
4. Kacau sebati dan tunggu 3-5 minit sebelum tutup api.

            Bersama-sama dengan itu, aku buat sayur campur.

Bahan-bahan:

Udang segar kecil 6-10
Brokoli
Bunga kobis
Carrot
Bawang merah 1 biji
Bawang putih  1 ulas
Garam

Cara-cara:

1. Hiris nipis bawang putih dan bawang merah dan tumis.
2. Potong sayur ikut suka.
3. Campakkan udang ke dalam tumisan bawang, tambah 2 sudu besar air.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan sayuran dan kacau kasi rata selama 2-3 minit.

            Itulah resepi tak seberapa dari aku buat kali ini. Sehingga kita bersiaran di esok hari. tata

It's yummy!!

Biskut Cornflakes

          Tetiba tekak ni nak makan biskut hari raya pulak.. jadi ini lah first time kasi pot up resepi terhangat..baru siap dalam 2 jam yang lepas.

           Resepi adalah dari maklong..kira turun temurun lah :D


Bahan-bahan:

300gm tepung gandum (aku guna bread flour sebab itu yang ada kat umah sekarang)
250gm butter
150gm gula caster
1 sudu teh vanilla flavor
1 1/2 cawan cornflakes yang telah di ramas halus

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan dan uki sampai menjadi satu.
2. Bentukkan bulat-bulat sebesar duit 20 sen.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan kepada suhu 300F selama 15-20 minit.

               Senang ba itu..bancuhan menghasilkan lebih kurang 95-100 biji lah, kalo buat sebesar 20 sen.

It's yummy!!

Thursday, March 10, 2011

Ayam Goreng Bercili


           Masuk hari semalam, dah 3 hari berturut-turut rumah ni menu utama adalah ayam. Hari isnin, Nasi Ayam dengan roasted chicken. Lepas tu, selasa ayam masak kicap dan semalam ayam goreng bercili. Ini semua permintaan sang suami lah.Kalo dikala takde selera maka basic menu haruslah ayam goreng..lepas tu nak masak kicap ke, goreng bercili ke, masak merah ke terpulang lah pada kreativiti aku.

            Jadi aku nak lah sharing is caring kan resepi aku tuh..

Bahan-bahan:

Ayam 1/2 ekor
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 biji
Cili padi 10-15 biji (bergantung kesukaan pada pedas, aku memang suka gilerrrr pedas;D )
Serai 1 batang, tumbuk tak perlu lumat
Bawang besar kuning 1 biji, belah 6
Kentang 1/2 biji (sebab kentang kat sini 1 biji macam 3 biji kentang kat mesia)
Kunyit
Garam
Gula 1 sudu teh
Cuka 1 sudu teh
Minyak masak



Cara-cara:

1. Cuci ayam kemudian lumur dengan kunyit dan garam.
2. Goreng ayam hingga garing,as preferred by us la. Ketepikan.
3. Kisar bawang merah,bawang putih dan cili.
4. Panaskan minyak, tumis lah bahan kisar sehingga naik bau.
5. Masukkan serai, kentang dan tunggu hingga kentang empuk, tambah sedikit air untuk memudahkan proses.
6. Masukkan bawang besar.
7. Masukkan garam, gula dan cuka. Seimbangkan semua rasa.
8. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
9. Hidangkan bersama nasi putih dan sayur goreng campur.. marvelous..

            Aku buat sayur goreng campur tapi tak snap pulak gamabr nye..jadi lain kali lah cerita eh.

It's yummy!!

Wednesday, March 9, 2011

Moist Chocolate Cake






              Haip jangan tegur part yang terkelebet di tepi kek tu..itu seni tu.. biasalah kita kan tak perfect..hebat macam mana pon bersilat kat dapur...(errr hebat ke????) pasti sekali sekala terjerumus ke lembah fail..eh gagal..hehehe..anyway, walaupon presentation itu macam, tapi tak dinafikan moist is still moist.

              Ini adalah kek chocolate jenis kedua saya pernah cuba makan dan masak sendiri.Selalunya, ada satu resepi yang memang turun temurun bertahun-tahun kami guna. Masalah part nak adjust bahan-bahan cecair menyebabkan kekadang kek itu jadi moist, kadang kering kadang macam dodol. Tapi sesampai kat bumi texas ni, saya termakan kek chocolate akak ni, dan suami pon suka maka menyuruh saya membuatnya. Jadi beberapa hari lepas, saya pun buat lah..errr tak de la lama sangat, baru je hari Isnin yang lalu.

             Saya sebenarnya, lemah sikit nak buat kek ni, sebab sebiji kek, yang makan saya, suami dan Aisyah..Suami makan lah, tapi jarang-jarang, Aisyah makan juga tapi kuantiti mestilah sikit kan...alangkan baru 22 bulan. Adam haruslah tak masuk kompeni baru nak masuk 7 bulan. Jadi saya susah hati bila lah kek ni nak habis..hehehe..Jadi saya jugaklah yang amik makan..aduhai..ke laut lah diet I kan????huhuhuhu..

            Okeh, berbalik pada kek ni, resepinya di bawah yer..saya amik pada akak Linda.



Bahan-bahan:

Bahan A
8oz all purpose flour
12 oz castor sugar
1 1/2 tsp Nescafe granules
2 cups cocoa powder
2 tsp bicarbonate of soda
1 1/2 tsp baking powder

Bahan B
8 oz corn oil
8 oz evaporated milk
6 oz hot boiling water
2 eggs ( beaten slightly)
2 tsp vanilla essence

Methods:

1. Combine all Bahan A and add the corn oil. Mix well.
2. Add milk, vanilla essence and then the beaten eggs. Mix well and then add the hot water. Stir well.
3. Pour the mixture into a greased cake tin and bake at 165 F until the cake is done.

~ 165 F tu macam berapa darjah celcius je kan??? aku tak tanya pon kat akak tu samada itu F ke C..tapi dengan selamba aku letak 250 F, sebab aku tunggu kek tu dah sampai sejam lebih, tak bau apa-apa lagi. nyah-nyah-nyah.

~ lagi satu, evaporated milk tu, aku takde stok, aku pon gunalah susu segar whole milk untuk ganti :)

Topping:

½ pkt (small) whipping cream
2 – 3 tbsp condensed milk
1 bar cooking chocolate ( melted )

Combine the above ingredients and spread over the cooled chocolate cake.

~ Aku takde whip cream untuk baking, yang ada whipped cream salad dressing..jadi aku buat topping cara dulu kala lah, yang mana letak chocolate, butter 1 sudu besar dan 50ml evaporated milk or susu segar. Panaskan dalam double boiler, aku guna kukus je..Cairkan sampai likat..

            Hasilnya, berhasil lah untuk di makan. Tapi pada aku kek ni macam kurang manis sikit lah, munkin tambah gula castor ke 14-16 oz.

It's yummy!!

Tuesday, March 8, 2011

Magnolia Raspberry Cream Cheese Breakfast Buns

            Kalau nak ikut kan kat atas ni nama sebenarnya..tapi sebab eden dah tukar raspberry kepada blueberry jadi lah Magnolia Blueberry Cream Cheese Breakfast Buns. Ehm nama je buns, tapi bukan buns pon..macam kek sajork rasanya, tapi halus tekstur dan gebu gitu. Memang sedap..


          Resepi diambil dari sini. Kebanyakkan resepi yang aku try dari umah kak jun ni, memang memberi hasil yang memberansangkan..hehehe..I loike!!!..so mari aku tulis resepi nya kat sini yer.

Ingredients:
1 3/4 cups all purpose flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/4 tsp salt
1/2 pound cream cheese softened
1/2 cup unsalted butter softened
1 cup sugar
2 large eggs (at room temperature)
1/4 cup milk
1/2 tsp vanilla extract

Topping
Confectioners' sugar
1/2 cup Raspberry preserves ~ aku guna blueberry
Garnish

Methods:

1.Preheat oven to 350F
2.Grease and lightly flour 9 large muffin cups ~ sebab aku guna cupcake kertas, so aku tak buat lah ni, dan sebab aku punya dulang muffin kecik, kalau ikut adunan ni, dapat 15 biji.
3.In a small bowl, combine the flour, baking powder, baking soda and salt then set aside.
4.In a large bowl, on the medium speed of an electric mixer, beat together the cream cheese, butter, and sugar until smooth, about 3 minutes.
5.Add the eggs and beat well. Add the dry ingredients in two parts, alternating with the milk and vanilla.
6.Spoon the batter into the muffin cups, filling them about two-thirds full.
7.Drop 3 small dollops (about a teaspoonful each) of raspberry preserves onto the top of each bun and, using the tip of a sharp knife, swirl the preserves into the batter, forming a decorative pattern.
8.Bake for 25–30 minutes, or until a cake tester inserted in the center of the bun comes out clean.
9.Allow the buns to cool for about 30 minutes before sprinkling with confectioners’ sugar and serving.

It's yummy!!

Saturday, March 5, 2011

Donut Gebu

             Memang kalo nak post resepi pon mesti nak buat mukadimah sikit.. sebenarnya dah buat donut ni dah hampir sebulan  yang lalu. Memang sedap, gebu macam donut maktih. Donut maktih aku tu memang aku puji sebab sedap, hari tu sebelum datang US terlupa nak amik resepi..huhu..tapi bila aku try resepi ini, memang ummpphhh lah, sama rasanya.


              Mungkin sebab amik gambar guna camera digital bukan dslr,dan masalah lightning,nampak cam kuih keria pon ada ..tapi betul memang donut sedap.

              Jadi aku teringin lah berkongsi resepinya di sini, resepi aku google dan jumpa dari blog ini. Aku copy paste resepi nya iye.


Dough:
4 cawan tepung gandum,
1 pek yis (jenama MAURIPAN, korang pakai jenama lain gerenti tak tembam)
2 sudu susu krimer pekat manis
1 senduk marjerin ( campur 2 sudu butter, petua untuk doughnut lebih gebu dan lembut)
1 biji telur
4 sudu besar gula pasir
2 cawan air suam (untuk larutkan gula & yis)

~Nasib itu hari masa nak datang bawa mauripan..macam kat sini takde yeast..hehehe..
~Aku terlupa letak susu krimer pekat manis, tapi masih sedap
~Aku memang tak letak telur sebab ada masalah hidung sensitif dengan bau hanyir

 Cara-cara:
1. Sebelum membuat doh, larutkan gula dan yis dalam air suam (biarkan yis naik, sementara yis naik bolehla adun bahan2 dalam langkah 2)
2. Masukkan semua dalam 1 bekas(tepung gandum, telur, majerin & susu)
gaul hingga sebati
3. masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
4. uli doh hingga lembut
5. taburkan tepung gandum di atas dulang (utk elakkan donut dari melekat)
6. bentukkan donut ikut saiz yang anda mahu
7. apabila donut yang anda bentuk tadi dah naik, bolehla digoreng (guna api yang sederhana)
8. goreng hingga warnanya keemasan
9. biarkan hingga sejuk dulu donut yang dah digoreng, kemudian bolehla disalut dengan gula
icing ( nak save blender je gula pasir)


~ Aku menguli seperti mana aku biasa menguli roti/pizza
~Aku sempat amik acuan donut sebelum datang sini, jadi guna acuan tu je, senang
~Gula salut, sebab gula kat sini dha memang halus jadi terus salut je


              Aku nak buat lagi nanti tapi nak kena separuh kan dough tu. Kalo ikut resepi ini, boleh bukak kedai donut dah sebab banyak..dalam 30-35 biji dapat..hari itu aku buat sampai kena panggil kawan datang makan, siap bawa bekal pulak..huhu..

It's yummy!!

Wednesday, March 2, 2011

Soft Fluffy Japanese Style Sweet Roll

           Amboi panjang bebenor namanya yek..tapi ini kira cam ala-ala mini pizza lah yang selalu jual kat kedai bakery kat mesia. Kalo kat sini, mana dak mendapatnya..jawabnya menguli lah kamu..tak lama lagi berketul lah lengan..hehhehe..

              
            Resepi ini aku dapat dari rumah kak jun. Baru teringat rumah baru aku ni takde link blog lain lagi kan..nantilah aku letak..anyway, aku copy paste jelah ye resepinya. Sedap hasilnya, aku buat beberapa minggu lepas baru nak tulis kat sini..hikhik..dan aku rasa aku terovercooked sikit so dia cam tak berapa nak soft lah, tapi masih sedap dan habis dalam sekelip mata..hehehe..


Bahan-bahan:
375 grams/13.2 oz bread flour
100 grams/3.5 oz plain flour (all-purpose unbleached flour)
35 grams/1.2 oz milk powder (instant non-fat dry-milk)
75 grams/2.6 oz caster sugar (granulated sugar)
3/4 teaspoon salt
7 grams or 2 1/2 tsp instant dry yeast
1 large egg, lightly beaten
150 ml/5.07 fl oz/ 0.63 cup (approx.) lukewarm water, adjust as necessary
40 grams/1.4 oz/2.8 Tbsp unsalted butter, cubed and soften to room temperature
Water-Roux Paste :
25 grams/0.9 oz (just under 2 Tbsp) bread flour
125ml (1/2 cup) water
* Water-Roux is basically 1 part bread flour to 5 parts water.
Water-Roux :
  • Mix flour and water in a small saucepan. Cook over low to medium heat, stirring continuously until it reaches 65ºC/149ºF. It should have thickened to a paste at this stage, that is when you stir you can see the bottom of the pan. Remove from heat, place a cling film over the paste and leave until lukewarm, or room temperature, before using. (Alternatively if you don’t have a thermometer, cook as before until it starts to thicken, then continue to cook for about 1 more minute before removing from heat.) This water roux can be kept in an airtight container after cooling in the refrigerator for 1 day if not used immediately. However DO NOT USE if it turns grey in colour, that means it has gone bad.
For the Bun Dough:
  • Sift bread flour, plain flour, milk powder, caster sugar and salt onto the working surface. Add instant dry yeast and mix well. Form the flour mixture into a well. Add lightly beaten egg and lukewarm water roux and mix in. Gradually add just enough lukewarm water to form into a slightly sticky, soft dough. Knead for 10 minutes until smooth and elastic. During hand kneading, the dough also needs to be thrown onto the working surface once every few minutes between kneading to improve the dough structure. (I usually just pick up the dough to about head-high and throw it down onto the working surface 10 to 20 times every few minutes between kneading.)
  • Knead in butter until incorporated. (In many cookbooks, they mentioned that the dough at this stage should be able to be pulled and stretched into membrane, but it’s hard to achieve with hand kneading. I usually stop kneading when the dough sticks to the work surface and stretches like chewing gum when pulled!) Form the dough into a round ball and let it rise until double in size in a large greased bowl, cover with cling film (should take about 1 hour in warm weather, longer in winter months). Optimum room temperature for this first prove is 28°C/ 82°F with a humidity of 75%. To test if the dough has risen properly, dip a finger into bread or plain flour and poke down into the centre of the dough as far as your finger will go and pull out again – the hole should remain if it is ready. If the dough springs back, then it is not ready, continue to prove further.
  • Punch down, knead briefly and form into a ball shape. Then divide into 16 equal portions. The easiest way is to first divide equally into 4 larger portions first, then divide each of these again into quarters each. Form each into balls and let rest for 10 minutes.
  • Shape and fill the buns according to recipe. Place all finished buns on a greased baking sheet, lightly cover with cling film, and let rise until double in size (about 1 hour in warm weather, longer in winter months).
  • Bake in preheated 190°C/ 375°F oven for about 12 to 15 minutes, or until golden brown.

            Aku ni memang guna sudip kayu sahaja, jadi bila dah nak bercantum semua tepung dengan bahan-bahan lain, aku pon buang sudip kayu dan bersilat guna tangan, itu yang boleh berketul lengan aku ini sat-sat lagi..huhu..Aku uli sampai doh jadi licin, kalo macam tak licin jugak, aku tambah sikit tepung..begitulah kaedahnya. 

            Sebenarnya, nak dapatkan basic dough roti je, sebab lepas tu hang nak letak apa gaya inti atas atau dalam bergantung pada hang punya creativity la kan. Contoh creativity aku yang tak cantik sangat, almaklum first time buat kan..tapi semalam second time buat dah better dah.. nanti aku tunjuk yer..tapi yang ni gambar batch first time.
Dalamnye ada sausage dan cheese, walaupon rupa mu buruk tetapi rasa mu tetap sodap hehe
          Okeh till next entry ye.


It's yummy!!