Saturday, March 26, 2011

Memang Amatur..Kek Gulung Kasih ke kasihan ini???


             Lama tak bersiaran sebab hujung minggu lepas ke lubbock melawat kawan bersalin. Penat seminggu, bukan tak memasak..cuma tak sempat nak update sebab  bebudak meragam. Memula penat berjalan jauh, kemudian dapat pulak demam, selsema dan batuk..mungkin kalo tak improve over the weekend, ke klinik lah hari isnin ni. Aduhai...

            Anyway, kek ni kita cuba buat hari Isnin ke Selasa lepas..Ehm sebab kurang mahir kan, maka dia macam tergaring, jadi terpecah lah kalo potong..ini silap sebab oven kita ni memang macam cepat panas sikit..kita salah adjust..silap instinct pulak..hehehe..Dan lagi sebab loyang bakar kita besar, sepatutnya kena double adunan baru okay kot.

            Resepinya, kita amik dari rumah ita yang menurut dia, diamik dari rumah dayang. Diaorang memang pakar lah..tengok gambar hasil diaorang tu memang nampak sedap dan menggoda..Minta izin copy resepi ke blog kita eh untuk buat rujukan kita nanti.

Resepi Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :

  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning


cara-cara :

  • Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
  • Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
  • Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
  • Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
  • Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  • Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  • Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
  • Gulung kek dengan kemas.
  • Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
          
            Intinya itu kita buat buttercream, kita amik resepi dari sini. Kita copy and paste kan resepinya lah untuk sesiapa yang mungkin amatur macam kita tak tahu nak buat kan..Tapi kita tambah 1 sudu besar jem strawberi sebab nak rasa cam krim strawberi :)

Buttercream / Krim Mentega

Bahan-bahan
120gm mentega
300gm gula icing - diayak
2 tsp esen vanila

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan pukul hingga rata dan berkrim. Sedia digunakan untuk sapuan pada cupcake.

** icing ini untuk sapuan pada permukaan cupcake dan bukan untuk tujuan menghias.

            Kita rasa mesti sedap kalo tak tergaring..huhuhu..nanti kita cuba lagi okay:)

It's yummy!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for speaking it out loud!!