Thursday, March 10, 2011

Ayam Goreng Bercili


           Masuk hari semalam, dah 3 hari berturut-turut rumah ni menu utama adalah ayam. Hari isnin, Nasi Ayam dengan roasted chicken. Lepas tu, selasa ayam masak kicap dan semalam ayam goreng bercili. Ini semua permintaan sang suami lah.Kalo dikala takde selera maka basic menu haruslah ayam goreng..lepas tu nak masak kicap ke, goreng bercili ke, masak merah ke terpulang lah pada kreativiti aku.

            Jadi aku nak lah sharing is caring kan resepi aku tuh..

Bahan-bahan:

Ayam 1/2 ekor
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 biji
Cili padi 10-15 biji (bergantung kesukaan pada pedas, aku memang suka gilerrrr pedas;D )
Serai 1 batang, tumbuk tak perlu lumat
Bawang besar kuning 1 biji, belah 6
Kentang 1/2 biji (sebab kentang kat sini 1 biji macam 3 biji kentang kat mesia)
Kunyit
Garam
Gula 1 sudu teh
Cuka 1 sudu teh
Minyak masak



Cara-cara:

1. Cuci ayam kemudian lumur dengan kunyit dan garam.
2. Goreng ayam hingga garing,as preferred by us la. Ketepikan.
3. Kisar bawang merah,bawang putih dan cili.
4. Panaskan minyak, tumis lah bahan kisar sehingga naik bau.
5. Masukkan serai, kentang dan tunggu hingga kentang empuk, tambah sedikit air untuk memudahkan proses.
6. Masukkan bawang besar.
7. Masukkan garam, gula dan cuka. Seimbangkan semua rasa.
8. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
9. Hidangkan bersama nasi putih dan sayur goreng campur.. marvelous..

            Aku buat sayur goreng campur tapi tak snap pulak gamabr nye..jadi lain kali lah cerita eh.

It's yummy!!

2 comments:

  1. Assalammualaikum...wah nampak sedap ayam ni....dh lama ke dok US? btw salam kenal dr saya..tq singgah my blog..mcm mana nk follow Halimatun ni?..tak ada follower box ke?

    ReplyDelete
  2. Walaikumussalam... Tima kasih la nieza sudi jenguk blog saya yang tak seberapa ni.. Saya memang suka jenguk bog nieza dan yang lain2, cari idea nak masak.. Hehhe.. Mmg tak letak follower box sebab segan takde follower.. Hehehe.. Duk kat sini kat 2 thn la jugak..

    ReplyDelete

Thank you for speaking it out loud!!