Saturday, March 5, 2011

Donut Gebu

             Memang kalo nak post resepi pon mesti nak buat mukadimah sikit.. sebenarnya dah buat donut ni dah hampir sebulan  yang lalu. Memang sedap, gebu macam donut maktih. Donut maktih aku tu memang aku puji sebab sedap, hari tu sebelum datang US terlupa nak amik resepi..huhu..tapi bila aku try resepi ini, memang ummpphhh lah, sama rasanya.


              Mungkin sebab amik gambar guna camera digital bukan dslr,dan masalah lightning,nampak cam kuih keria pon ada ..tapi betul memang donut sedap.

              Jadi aku teringin lah berkongsi resepinya di sini, resepi aku google dan jumpa dari blog ini. Aku copy paste resepi nya iye.


Dough:
4 cawan tepung gandum,
1 pek yis (jenama MAURIPAN, korang pakai jenama lain gerenti tak tembam)
2 sudu susu krimer pekat manis
1 senduk marjerin ( campur 2 sudu butter, petua untuk doughnut lebih gebu dan lembut)
1 biji telur
4 sudu besar gula pasir
2 cawan air suam (untuk larutkan gula & yis)

~Nasib itu hari masa nak datang bawa mauripan..macam kat sini takde yeast..hehehe..
~Aku terlupa letak susu krimer pekat manis, tapi masih sedap
~Aku memang tak letak telur sebab ada masalah hidung sensitif dengan bau hanyir

 Cara-cara:
1. Sebelum membuat doh, larutkan gula dan yis dalam air suam (biarkan yis naik, sementara yis naik bolehla adun bahan2 dalam langkah 2)
2. Masukkan semua dalam 1 bekas(tepung gandum, telur, majerin & susu)
gaul hingga sebati
3. masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
4. uli doh hingga lembut
5. taburkan tepung gandum di atas dulang (utk elakkan donut dari melekat)
6. bentukkan donut ikut saiz yang anda mahu
7. apabila donut yang anda bentuk tadi dah naik, bolehla digoreng (guna api yang sederhana)
8. goreng hingga warnanya keemasan
9. biarkan hingga sejuk dulu donut yang dah digoreng, kemudian bolehla disalut dengan gula
icing ( nak save blender je gula pasir)


~ Aku menguli seperti mana aku biasa menguli roti/pizza
~Aku sempat amik acuan donut sebelum datang sini, jadi guna acuan tu je, senang
~Gula salut, sebab gula kat sini dha memang halus jadi terus salut je


              Aku nak buat lagi nanti tapi nak kena separuh kan dough tu. Kalo ikut resepi ini, boleh bukak kedai donut dah sebab banyak..dalam 30-35 biji dapat..hari itu aku buat sampai kena panggil kawan datang makan, siap bawa bekal pulak..huhu..

It's yummy!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for speaking it out loud!!