Monday, September 26, 2011

Tertangguh..

            Ada banyak gila entry tertangguh..semenjak dari bulan puasa..nak masukkan entry kuih raya, lepas itu entry makanan raya dan yang resepi baru try...

           Bila entah nak letak..tunggu lah ek..yang penting pasti akan ku letak jua :)

It's yummy!!

 

Saturday, June 25, 2011

Blog Berehat!!!

Salam,

          Ehm mungkin tak de orang pon yang care samada aku update atau tak ini blog..but just for the sake of me as the owner..so I'm telling you guys..for the moment this blog will be on rest as the owner is on a diet regime..

         Perhaps I can come out with the diet recipe with the calories right??? perhaps I will..but till then just stay tune guys...

         Sebab truthfully, aku takdelah memasak terlampau kesihatan..cuma less intake lah..nanti bila dah beli barang-barang basah untuk bulan ni dan dah bole masak lebih kesihatan..aku share the recipe okay :)

        Till then, xoxo..

It's yummy!!

Friday, May 27, 2011

Chocolate Chunk Muffins


           Ini percubaan pertama buat muffin sendiri. Dah lama usha resepi ini, memang terpengaruh lah tengok kegebuan dia kat dalam blog masakan orang lain kan. Jadi lebih kurang sebulan lalu kot, tercapailah hasrat nak masak muffin ni...my verdict; muffin ini lembut cukup, gebu pun cukup cuma kurang manis. Both me and hubby memang rasa muffin ini kurang manis...kami memang sepakat kalo dalam bab manis ini..kalo makan dessert, kuih atau kek kalo tak manis maka memang tak mendapat sambutan lah kan..huhuhu..

         Resepi yang aku buat ini boleh dapat almost 24 cups kalo guna medium sized punya acuan. Lain kali kalo buat akan lebihkan gula. Tapi baru-baru ini beli premix muffin chocolate chip betty crocker..ehm marvelous dowh..harus encik suami kata..tak payah susah-susah, beli dan guna jer premix tuh..huhuhu..terpaksa setugu dan mengangguk-anggukkan kepala sambil senyum tersipu-sipu..aduhai..

         Still I will share the recipe here..copy paste jerlah eh..tima kasih empunya resepi :)

Resepi ditemui di secubit garam.

SOURCE: Baking from my home to yours by Dorie greenspan

Ingredients:

6 tbsp butter
4 ounce bittersweet chocolate-cincang ( I guna coklat chips biasa jer)-dibahagikan ~ aku pon guna choc chip
2 cawan tepung gandum ( I guna 1 cawan tepung gandum , 1 cawan tepung kek) ~ aku guna tepung gandum whole
2/3 cawan gula pasir ~ mungkin jadi 1 1/4 cawan gula pasir next time
1/3 cawan serbuk koko
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1-1/4 cawan buttermilk ( I guna sour cream)~ aku pun guna sour cream
1 biji telur size besar
1 sudu teh esen vanilla



Methods:

Dalam periuk kecil masukkan butter & 2 oz coklat cairkan & ketepikan.
Dalam mangkuk besar campurkan semua bahan kering, kemudian masukkan telur, sour cream atau buttermilk & vanilla kacau rata.
Masukkan coklat cair & lebihan coklat chips (coklat chunk tadi) gaul rata. Tak perlu risau kalu ada lump2 sikit.
Masukkan dlm muffin pan ( I guna muffin pan yg size besar ada 12 lubang )
Bakar dlm oven yg suhunya 375F selama 20-25 min

Tips dari kak nor:

Buttermilk boleh digantikan dgn susu cair yg diletakkan jus lemon.
Caranya perahkan lemon dlm 1 1/4 sudu besar kedalam bekas sukatan dan tuang susu cair mengikut sukatan yg diperlukan ( 1 1/4 cawan)

Selamat Mencuba:)

It's yummy!!

Beef Lasagna


             Dulu masa student, ada pernah buat sekali lasagna, my housemate lah yang buat..Aku setakat membantu sajork..but it turns out great anyway. Lepas tu, takde pernah buat lagi sebab nan ado masa. Tetiba sang suami teringin nak makan lasagna, jadi aku pon search la resepi..maka aku combine resepi dari sini dan dari sini. Fuhhh mantop tuh rasanya.

             Mari kita kongsi resepi di sini, senang untuk rujukan di masa akan datang.Ada 3 steps, making the cheese sauce, cooking the beef and layering the lasagna. Firstly, we make the cheese sauce okay;

Cheese Sauce Recipe
Ingredients:


Cheddar cheese(Kraft) -250g grated
600ml fresh milk
250ml water
3 tbsp butter
4 tbsp plain flour
a bit of black pepper powder

Methods:


Heat wok(best if its a non-stick wok).
Using a medium small heat, add in butter.
When butter has melt, add in flour and whisk till incorporated with the butter.
Keep on stirring so as not to make the flour burnt.
Add in half of the fresh milk and keep on stirring with the whisker so as not to get a lumpy mixture.
Add in the balance milk and water and keep on stirring so as the flour do not stick to the base of wok and get burnt.
When the sauce has boiled, add in the cheddar cheese and stir well.
Add in black pepper and let it boil till cooked.
Turn off heat and cheese sauce is ready.

Beef  Sauce
Ingredients:

1 large onion, sliced
About 500g shredded mozzarella cheese
1 small bottle of pasta sauce, 400g
pasta sheets* (I use about 9 sheets for a 3 layered lasagna) , choose the type that don’t require pre cooking
600g minced beef
1/2 to 1 cup red cooking wine ~ substitute dengan grape juice
1 tbsp olive/vegetable oil
5 bay leaves (optional)
a bit of grated parmesan cheese/shredded ricotta cheese (optional)

Methods:

Heat some oil in a saucepan or wok, and saute the sliced onions till they are translucent.
Fry the minced beef for a while,
Add the pasta sauce, bay leaves and red cooking wine/grape juice
Mix evenly, cook till beef is browned, bring to a simmer and dry consistency, season with salt & pepper if you like and off the flame.

Layering Lasagna

Preheat oven to 350F.
Pour 1/2 cup of the beef sauce into a lightly greased baking dish.
Layers of lasagna.
Pour cheese sauce accordingly.
Repeat the layers till the edge of the baking dish.
End the layers with cheese sauce and sprinkle the mozarella cheese and grated Parmesan cheese.
Bake in oven for 35-40 minutes or until cooked through (test if cooked by pricking with a fork).
Let stand 5 minutes before serving.


It's yummy!!

Sunday, May 22, 2011

Apam Beras


              Apam ni dah buat lama dah, beberapa minggu yang lepas..sebenarnya dah khatam baca resepi banyak kali, tapi sebab nak kena guna nasi kan maka hasrat pon terkubur..lagipon was-was takut tak sedap..hehhehee.. tapi setelah beberapa kali khatam lagi resepinya, maka tercapailah hasrat. Kebetulan ada nasi sejuk lebih malam semalam.

              Komentar selepas memasak dan merasa hasilnya, yup definitely akan buat lagi bila terasa nak makan apam.Sedap bah..Aku sajer je letak pelbagai warna, kasi meriah dan acuan itu adalah acuan tart sebenarnya..hehehhe..yang penting jadi..kan..



             Resepi aku jumpa kat myresipi. Aku copy and paste lah yer..

Resepi Apam Beras

Bahan-bahan ( 5 org )
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1.Blend nasi dan air sehingga hancur.
2.Setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3.Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4.Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung.
5.Kacau sehingga sebati dan perap selama 3 jam.
6.Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7.Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!



It's yummy!!

Monday, May 2, 2011

Kuih Talam Gandum


              Kan dah kata sepanjang senyap sunyi adalah proses buat kuih tradisional..wahh..takdelah susah tapi setiap petang buat kuih, takde masa nak hadap blog. Memang waktu petang, bila dua-dua anak tido, itu jelah masa yang perlu diutilize dengan baik. So choose buat kuih or update blog..haaaa gitu..so kalo asyik update, nak update apa kan kalo takde try buat resepi..maka mari memasak which is what I love to do.

             Kuih talam gandum, lagi satu resepi kuih tradisional yang kita suka makan jugak. Kalo kat pasar malam Jerantut, senang nak dapat yang sedap..maklumlah masih ramai lagi makcik-makcik yang berpengalaman membuatnya. Tapi kalo kat sini, silalah membuka langkah silat sendiri untuk merasa kuih tersebut. Lagipon puas hati dapat makan masakan sendiri. Resepi ini memang recommended, kena betul dengan selera saya dan suami.

Resepi kuih talam gandum, copy paste sahaja yer..ooh dan lagi saya seperti biasa buat 1/2 dari resepi asal.

Saya jumpa kat blog bdaria.
Sumber: mama kastam tioman, myresepi.com

Bahan-bahannya:

Bahagian bawah(A)

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air gula merah(1/2 kilo gula merah + 2 cwn air = dimasak dan disejukkan. ambil 1 1/2 cawan sahaja....bakinya boleh disimpan)
4 cawan santan cair

Bahagian atas(B)

4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa atau 200g santan dalam kotak + air = 4 cawan)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam

Cara-caranya:

Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
Satukan adunan bahagian bawah (A) dan masukkan kedalam blender dan blend sekejap sehingga sebati kesemuanya. ~ Aku tak blend pon, kacau sajork.
Masukkan kedalam loyang dan kukus 20 minit atau sehingga ia nampak keras.
Buka kukusan dan angkat loyang tersebut dan biarkan diluar sebentar supaya baki air kukusan tersejat.
Sediakan adunan bahagian atas (B).
Ambil bekas dan masukkan tepung gandum, garam dan kemudian santan pekat sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga tepung dan santan sebati dan tidak berketul.
Jangan di blend nanti bahagian permukaan kuih talam tidak cantik dan merekah.
Ambil garpu dan buat lorekan atas permukaan lapisan bawah supaya lapisan bawah dan atas tidak terpisah. Jika masih ada air atas permukaan lapisan bawah, ambil tisu dan letakkan atas permukaan kuih supaya ia air dapat diserap dan kemudian lorekkan dengan garpu.
Bila lapisan atas(B) sudah sebati, tapis dan tuang di atas lapisan bawah. Kukus selama 1/2 jam.
Selepas 1/2 jam, buka penutup pengukus dan biarkan 10 minit kemudian baru tutup api. Ini petua untuk mengeringkan wap air atas lapisan atas.
Selepas itu potonglah kuih ini selepas ianya agak sejuk sedikit.

It's yummy!!

Kuih Kaswi


              Aku memang suka makan kuih kaswi. Tapi tak pernah cuba buat sendiri sebab memang tak pandai. Selama ini yang buat kuih kaswi setiap kali aku teringin nak makan adalah maktih.Pergh..maktih punya kuih kaswi memang terbaik..malahan sebenarnya terbaik dari kuih kaswi yang aku buat ini. Tapi bagi melepaskan kepingin nak makan memang boleh pakai la resepi ini. Cuma nak kena tepon maktih la rasanya nak minta resepi kuih kaswi.

Resepi dijumpai di blog CMG
Source Blog Rozan

Seperti biasa, aku memang buat half resepi, try and error ma..hehehe..tapi resepi yang bakal aku copy paste ini adalah resepi asal.

Bahan A:
450 ml air
350 g gula melaka, potong kecil2
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul

Bahan B:
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
1 camca makan air kapur
2 camca makan air abu cang (boleh beli di kedai2 menjual bahan2 baking) ~ aku tak bubuh sebab takde
2 camca makan pewarna coklat

Bahan Lain:-)
Kelapa parut puith secukupnya
Sedikit garam

Cara membuatnya:
Masak semua bahan A hingga larut, tapis dan sejukkan. Ketepikan.
Satukan semua bahan B dan kacau dengan wisk hingga semua larut.
Satukan bahan A dan bahan B. Gaul rata.
Tapis adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus 35 - 30 minit atas air mendidih, gunakan api sederhana.
Jika menggunakan bekas2 kecil, kukus 10 minit.
Biar sejuk sebelum dihidangkan bersama parutan kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam.
Kukus kelapa 5 minit untuk lebih tahan lama.

It's yummy!!

Saturday, April 23, 2011

After Days of Silence..Kuih Seri Muka

            Salam sebagai pembuka kata pada petang hari ini..setelah berkurun senyap sunyi kat blog ini, sedangkan tengah tunggang terbalik kat dapur..hahaha.

             Semenjak dua menjak tetiba teringin nak makan kuih tradisional melayu. Apo lai, menggodek resepi kat internet ini ha..maka terhasil lah kuih muih yang tak seberapa..tapi memang sedap lah..hehehe..

             Mulakan dengan kuih seri muka lah eh..sebenarnya tak sempat nak amik gambar proper sangat sebab dah selamat masuk ke dalam usus..hikhikhik.

Layan kan aje lah gambar yang tak seberapa ini
Resepi asal NanaSham.myresipi
Jumpa dekat dapur cik mat gebu

BAHAN LAPISAN BAWAH :

250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul ~ aku tak letak
Beberapa titik pewarna biru (optional) ~ aku tak letak

BAHAN LAPISAN ATAS :

60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK LAPISAN BAWAH :

Panaskan kukusan
Tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 incii
Tuang bancuhan santan cair dan gaul rata
Letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit.
Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata. (omit) Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata.
Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja).

UNTUK LAPISAN ATAS :

Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas
kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut.
Tapis adunan dan ketepikan.
Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam.
Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus.
Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...

~ Aku sukalah resepi ini dan akan membuatnya lagi pada masa akan datang.

It's yummy!!

Friday, April 15, 2011

Aduhai!!!

             Fuhhhh...lama tak update blog ni..ada saja, tak ke mana pon..cumanya tak sempat nak upload gambar masakan..sedangkan dalam seminggu ni hampir saban hari masak kuih tradisional..

              Jadi nantilah ek..

It's yummy!!

Saturday, April 9, 2011

Nasi Goreng USA


                Almaklumla, bila duduk jauh dari kampung halaman, mulalah tekak ni gatal nak makan makanan malaysia. Walaupon namanya Nasi Goreng USA, harusla orang USA pon tak tahu kewujudan nasi ini :) Masa aku study kat ipoh, ada kedai makan dekat seberang jalan GM tu buat nasi goreng USA sebijon macam ini. Masa student sedap dicirikan melalui kuantiti nasi yang disediakan. Banyak lah dia letak nasi tuh, harga kena la RM4.50 kot kalo tak silap.

              Aku dapat resepi dari nieza, dia pulak amik dari kak raidah. Seperti biasa aku copy paste dan highlight part aku buat perubahan sikit-sikit.

Resepi Nasi Goreng USA


Bahan untuk nasi goreng
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.


~ Aku masak sekali sehari jer. Maka aku masak banyak lah dalam 4 put beras kot. Jadi bahan-bahan lain semua kena double triple kan lah. 
~ Aku memang tak biasa menggoreng nasi atau mee atau bihon guna cili kering, aku memang guna fully cili padi, tapi sebab resepi guna cili kisar, maka aku turutkan, cuma aku tambah beberapa biji cili padi dan kuantiti cili kisarnya pon aku tambah.
~ Memasak ni haruslah kena edit ikut selera, tak gitu :)
Cara penyediaan nasi
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.




Daging masak merah
300gm daging ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 biji capsicum ~ dihiris
1 biji tomato ~ dipotong 6
1 sudu cili kisar
2 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak.


~ Masa buat ini, rumah aku takde tomato, maka aku ganti dengan sos tomato 2 sudu besar.
Cara penyediaan daging msk merah
1. Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
3. Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.
5. Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.


~ Aku tambah hiasan kepada sausage yang direbus dan fries yang deep fry.


It's yummy!!

Moist Chocolate Cake 2


             Ini resepi lain..kita jumpa masa surfing dan blogwalking. Menengokkan hasil dalam gambar tuan empunya kita pon tergoda, lalu menggoda suami untuk bersetuju try resepi ini. hehehe..Hasilnya, okaylah..moist, cuma kalo compare dengan first resepi dia mudah kering after a few days. Yup rumah ini ada 2 orang dewasa sahaja dengan perkadaran seorang dewasa yang kekonon diet ke laut tuh, jadi memang mengambil beberapa hari nak ke seminggu lah nak menghabiskan sebiji kek.

             Anyway, terima kasih kepada empunya resepi. Jadi seperti biasa, kita copypaste kan resepi kat bawah yer.

Resepi Moist Chocolate Cake

6 oz butter (170.1gm)
14 oz gula castor
3 biji telur ayam

BAHAN2

1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila - boleh tukar vanila kepada lemon / orange
1 sudu teh chocolate EMULCO, kita takde maka tak letak

BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:

8 oz tepung HIGH PROTEIN
2 1/4 oz serbuk koko
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air panas



CARA MEMBUATNYA:

GUNA MIXER FULL SPEED:

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen

PERINGKAT SETERUSNYA INI, SILA GUNAKAN SPATULA ATAU WHISKER - JGN GUNA MIXER LAGI (tu yg menyebabkan kek berkawah sebab kek berat)

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan - KACAU PERLAHAN2 - SATU ARAH SAHAJA SAMPAI TEPUNG HILANG DARI PANDANGAN..
5. Masukkan air panas sedikit2 sambil di gaul perlahan2

6. Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1 1/2 jam.

Dah sejuk boleh buat topping gunakan melt coklat & coklat rice.

~ Aku bakar pasa 300F selama 40-50 minit.
~Topping, 200gm whipped cream, 250gm cooking chocolate. Boil in the double boiler.

It's yummy!!

Thursday, April 7, 2011

Spaghetti Bolognese Italiano LAGI..

              
               This was like 2 months ago kot..hahhaha..dah pernah publish resepi kat sini pon. Tetap nak tayang sebab dah amik gambar my own. Sebelum ini, gambar google sebab tak teringat nak amik gambar untuk blog. Anyway, di kasitau lagi sekali, memang resepi ini best, jadi mari aku paste kan lagi sekali resepinya kat sini. Source dari myresipi.com, tapi sebab dah berzaman menyalin resepi, terlupa pulak nama nya. Apa-apa pon terima kasih yer tuan punya resepi.

Resepi Spaghetti Bolognese Italiano


Bahan-bahan: (untuk 6 orang)

Spaghetti 500gm
Daging cincang 500gm
200 ml susu segar
1 labu bawang besar kuning dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin sedang tomato puree
4-5 tomato segar ranum didadu
1 batang carrot didadu kecil
2 batang celery didadu kecil
1 tin cendawan butang dihirs (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh oregano kering
garam dan gula
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar butter
Parmesan cheese untuk hidangan
* ikut resipi asal red wine 200 ml (aku substitute dengan 100ml grape juice, 100 ml vinegar)
* aku guna prego traditional menggantikan tomato puri dan tomato
* aku tak letak celery dan kiub daging lembu

Cara-cara:
1. Rebus spaghetti mengikut instruction yang diberi.
2. Panaskan minyak dan butter kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
3. Masukkan daging cincang sampai perang.
4. Masuk sayur.
5. Masuk susu sampai mendidih dan diserap oleh daging.Masuk wine substitution.
6. Masuk prego @ tomato puri, kemudian garam dan gula secukup rasa.
7. Reneh sampai pekat.


It's yummy!!

Wednesday, April 6, 2011

Chilli Crab...from Chef Wan


                Nampak sangat aku tak mengedit gambar kan..masalahnya, nak upload pon kena gigih, lagi nak mengedit..haru lah kan..anyway, ini resepi semalam punya, dari lunch sampai dinner..tak mampu den nak masak untuk lunch lain, dinner lain..tak terkejar. Sebenarnya ini kali kedua aku masak chili crab..aku kan tak tahu nak masak apa dengan crab ini, selain masak lemak atau rebus..jadi carilah kat asianfoodchannel.com, itu yang jumpa resepi ini. Cari kat chef wan selections.

          
             Jadi aku copy paste kan sahaja lah resepinya yer..

Resepi Chilli Crab

Ingredients:

Cooking Oil for deep-frying
Crabs 1.2-1.5 Kg / 2 – 3 pound, halved
2 Tablespoons / 1 oz Corn Flour (Cornstarch), mixed with 60 ml 2 / fl oz ¼ Cup water
1 Egg, beaten
1 Spring Onion (Scallion), chopped
1 Pineapple, grated


Finely Grounded Paste Ingredients:

1 ½ Tablespoons / 8 oz Dried Chili, Powder
6 Red Chilies
6 Cloves Garlic, peeled
100 g / 3 ½ oz Shallots, peeled
1 cm / ½ inch Ginger, peeled


Sauce (Blended)

3 Tablespoons / 1 ½ fl oz Chili Sauce
2 Tablespoons / 1 oz Sugar
2 Tablespoons / 1 oz Vinegar
250 ml / 8 fl oz / 1 Cup Canned Tomato Sauce
Salt to taste


Method:

Lightly coat Crabs with egg mixture and 1 Tablespoon of corn flour.
Heat the oil and deep-fry the Crabs until golden.
Drain and set aside.
Heat 2 tablespoons oil and sauté the Finely Grounded Paste until fragrant.
Stir in the sauce ingredients and bring the mixture into a boil.
Cover and simmer for about 10 minutes.
Gradually add the Corn Flour (Cornstarch) mixture and stir well. Add the beaten Egg.
Gently stir in the fried Crabs and simmer until the sauce is cooked.

Garnish with finely sliced Spring Onion (Scallion) and serve immediately.
Serve with Rice.

Aku follow sajork semua steps yang diberi except part letak cornstarch mixture and the beaten egg dalam kuahnya. Sebab masa aku buat, aku tak perasan pulak part yang ini..hahhaha..aku salin laju-laju dan short cut,tak perasan pulak..tapi aku suka jer dan sedap jer..hehehe..

Makan ratah tanpa nasi pon sedap jer..


It's yummy!!

Tuesday, April 5, 2011

Mee Daging (Beef Egg Noodle)


              Ini resepi 2 bulan lepas kot..hehe..kata selang seli kan..kalo tak bila pulak nak masuk resepi kat sini kan. Alkisah aku tengok series korean drama kat you tube. Aku entah kenapa mesti kepingin jer nak makan mee ramen itu..hahaha..so aku pon carilah resepi yang ala-ala..ceh tetiba jer merasakan ini resepi yang lebih kurang lah dalam citer itu..okay aku jer rasa macam tu kot.

              Alamak, terbebel panjang pulak. Resepinye aku google dan jumpa kat sini. Jadi meh aku share ,copy and paste dan tambah mana yang aku edit.

Resepi Mee Daging

Ingredients:

- 1 1/2 noodles (dry egg ),alkisah aku tak tahu pulak ada egg noodlemasani,aku guna spaghetti lah.
- 6 ounce beef (lean )
- 1 tablespoon soy ( sauce)
- 1 tablespoon oyster ( sauce)
- 1 teaspoon cornflour
- 1/2 teaspoon pepper
- 1 stock (teacup ), aku rebus dulu dagingnya, mana nak ready made halal kat sini.
- 2 garlic (cloves chopped)
- 1 1/2 tablespoon oil
-aku tambah telur 2 biji


Directions:

Soak the noodles in boiling water for a minute.
Drain in a colander and rinse well with cold water.
Squeeze off the excess water.
Slice beef thinly and mix with oyster sauce, soya sauce, pepper and cornflour.
Heat half a tbsp of oil in a wok and fry the noodles for 5 minutes, and transfer onto a serving plate.
Heat 1tbsp of oil and add the garlic and the seasoned beef and fry for 1 minute.
Add the stock and stir.
Return the fried noodles and toss till piping hot.
Pecahkan telur satu persatu.
Serve hot.

It's yummy!!


Monday, April 4, 2011

Mee Rojak

          Okaylah, kali ini kasi kongsi resepi yang masih panas..semalam lah tapi..hehhehe..kita cubalah kongsikan yang panas selang seli yang sejuk dan dah selamat dihadam iyer...masalah memasak memang hari-hari..tapi tak terkejar nak update sebab sibuklah katakan, ada 2 budak kecik :)

              
            Gambar cam mee terapung pulak..begitulah yer, guna pon blackberry, cahaya rumah ini lampu kuning, jadi sila lah paham. Amik resepi ini dari blog aunty nani. Memang best lah, menjadi mee rojaknya, tapi lain kali mahu kasi pedas lagi, baru ada umph. Minta izin copy paste resepi yer. Tima kasih iyer aunty.

Resepi Mee Rojak

1kg mee kuning (celur), aku guna spaghetti lah sebab takde mee kuning kat sini
1 biji keledek sederhana besar (rebus buang kulit dan kisar halus), aku guna sweet potato
1/2 cawan biji bijan (goreng tanpa minyak dan kisar halus), aku tak letak sebab takde
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)

Bahan untuk di kisar dan ditumis:-

10 batang cili kering (rebus dan buang biji), aku letak banyak jugak tapi kurang pedas lagi
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu udang kering

Bahan perisa :-

1/2 cawan air asam jawa
5 cawan cawan air
1 keping asam gelugur, aku tak letak
1sudu makan garam
1/2 cawan gula
1 sudu teh serbuk perasa, aku tak letak pon dah sedap
1 cawan minyak untuk menumis

Cara-cara:

Kisar dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan bahan perisa. Agak-agak ikut tekak jer aku buat.
Masukkan kacang tanah, biji bijan , keledek dan air.
Biar mendidih dan angkat.



Bahan bahan hiasan :-

Timun
taugeh
telur rebus
cucur udang, gigih aku goreng sarapan sekali dengan untuk mee rojak
tauhu goreng, tak letak sebab malas
limau kasturi, tak letak sebab takde

It's yummy!!

Friday, April 1, 2011

Salmon Fillet 3 Rasa


            Ehm memang teknik mengambil gambar hancus..biasalah nak cepat sebab ada dua budak mahu dimanja dan dibelai..hahaha..adake salahkan anak???

           Aku betul-betul hilang ingatan aku salin resepi ini dari mana..selalu kalau aku google sah-sah datang dari myresipi..aku syak resepi ni dari sana lah..kalo ada owner nak mengaku resepi silakan..yang penting bukan akulah. Mungkin cik mat gebu punya kot..ehm tak pasti..minta maaf lah..dah lama salin resepi ini, semenjak sampai sini masa bulan Januari itu lagi. Aku dah buat banyak kali dah, sepatutnya guna ikan bawal atau ikan tenggiri ke..tapi mana nak jumpa kat tempat aku ni. Yang ada trout tak pon salmon fillet,tak pon talapia..maka aku memilih lah si salmon untuk dijadikan santapan.

           Aku selalunya masak ikut bahan yang ada lah..kata keluar sebulan sekali jer beli groceries..walaupon sebenarnya adalah 2 kali seminggu. Masalahnya, bila aku nak masak, bahan takde, bila bahan ada aku tak ingat dah aku nak masak apa..boleh???

           Okya dah panjang pon repekan itu, mari aku tulis resepi di sini.

Resepi Ikan Masak 3 Rasa

Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal (aku guna 2 keping salmon fillet)
1 camca teh kunyit
1/2 camca teh garam
4 batang putik jagung hiris serong
5 batang kacang peas
Nenas hiris secukup rasa atau guna tomato
1 camca besar gula

Bahan Tumis

1 biji bawang besar potong berbaji (berbaji itu aku tak paham, tapi aku potong lah mayang, eh cop aku rasa resepi ini dari kak jun yummylicious lah)
2 ulas bawang putih hiris halus
1 inci halia diketuk

Bahan Sos

2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1 camca besar kicap cair
2 batang serai potong baji halus-halus
3-4 cili padi ( aku suka pedas, jadi 10 biji lah letaknyer)

Cara-cara:

Seperti biasa, goreng ikan dulu sampai garing atau 3/4 masak, ikut kesukaan.
Guna minyak yang lebih, tumis bahan-bahan tumisan.
Setelah naik minyak, campurkan sos tiram, sos tomato dan sos cili.
Kemudian masukkan sayuran dan nenas. ALkisah, aku guna jer, mix vege sebab aku tak dapat supply putik jagung bagai.
Letak gula dan kicap cair.
Kemudian masukkan serai dan cili padi.
Akhir sekali masukkan ikan, atau bole curahkan jer kuah ke atas ikan. Mana-mana cara pon boleh.

It's yummy!!

Thursday, March 31, 2011

Assorted Rolls @ Milk Buns


           Fuh lama gila tak bersiaran..aceh macam ada yang membaca jer kan..(syok sendiri bole?) anyway, tak sempat nak duduk dan transfer gambar sebab anak-anak tak sihat..sempat memasak..itu pon kena pandai nak mencuri masa..gitulah gayanya duduk di perantauan lah katakan.

           Jadi ini nak sharing dan for my own reminder lah receipe assorted rolls ni.. yang ini buat dah lama dah..ada lah sebulan dua yang lepas..hahhaa..apakah kan lambat gile masuk entry..takper biar lambat asal akhirnya masuk dalam entry :)

          Resepi ini jumpa kat blog kak Jun (Yummylicious). Sebenarnya resepi nya adalah untuk milk buns..tapi aku telah membuat mengikut acuan tekak dan citarasa aku..Itu yang tak semena-mena menjadi assorted rolls tuh. And by the way, menurut kak jun, dia dapat resepi dari sini.

Resepi Milk Buns @ Assorted Rolls

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung roti
3 sudu besar + 2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1 biji telur A
1/2 cawan susu segar
120gm 'tangzhong' ( resipi kat bawah)
2 sudu teh yis
3 sudu besar butter

Cara-cara

Sementelah aku pon takde bread maker, maka menguli guna tangan sajork.
Campurkan semua bahan kering kemudian buat lubang di tengah-tengah, letakkan bahan-bahan basah iaitu telur, tangzhong dan susu segar.
Agak-agak dah nak jadi doh, campur butter.
Uli selama lebih kurang 15-20 minit sampai jadi doh bulat dan licin.
Rehatkan selama 40 minit hingga sejam. Tapi sebab rumah aku ini, sejuk, amik masa dalam dua jam jugak baru doh naik 2 kali ganda.
Bahagi kepada beberapa bahagian, tapi aku memang bahagi 16 lah. Memula bahagi 2, sebelah tu bahagi 2 lagi, dari sebelah yang baru dibahagi, bahagi 2 lagi..ehm kalo paham paham la yer..yang penting sebelah dari yang pertama akan dapat 8 biji..Supaya bila kita bakar,kebesaran dia jadi sedang elok masuk mulut jer, tak de lah gabak sangat..Ini berdasarkan pengalaman beberapa kali menguli lah..kekadang malas, bahagi 4/6..hasilnya, sebiji roti bole makan 3-4 kali..huhu..
Lepas dah bahagi, bentukkan lah seperti mana yang disukai, biar rehat lagi selama 40 minit..tapi aku selalunya tak buat part ini..hehe..





Resepi tangzhong

25gm tepung roti
125ml air

Campurkan n masak atas api sederhana
Kacau hingga pekat dan angkat
Adunan ni cukup-cukup untuk doh resepi ini.
Kalau tak guna,simpan dalam fridge sehingga bertukar warna, bermaksud tak elok sudah.

Untuk membuat bentuk yang pelbagai itu, kita belajar dari blog mamafami.

Sebelum mengundur diri, terima kasih semua yang terlibat, dari resepi sampai ke bentuk roti :) Memang sedap dan lembut roti ini..


It's yummy!!

Saturday, March 26, 2011

Memang Amatur..Kek Gulung Kasih ke kasihan ini???


             Lama tak bersiaran sebab hujung minggu lepas ke lubbock melawat kawan bersalin. Penat seminggu, bukan tak memasak..cuma tak sempat nak update sebab  bebudak meragam. Memula penat berjalan jauh, kemudian dapat pulak demam, selsema dan batuk..mungkin kalo tak improve over the weekend, ke klinik lah hari isnin ni. Aduhai...

            Anyway, kek ni kita cuba buat hari Isnin ke Selasa lepas..Ehm sebab kurang mahir kan, maka dia macam tergaring, jadi terpecah lah kalo potong..ini silap sebab oven kita ni memang macam cepat panas sikit..kita salah adjust..silap instinct pulak..hehehe..Dan lagi sebab loyang bakar kita besar, sepatutnya kena double adunan baru okay kot.

            Resepinya, kita amik dari rumah ita yang menurut dia, diamik dari rumah dayang. Diaorang memang pakar lah..tengok gambar hasil diaorang tu memang nampak sedap dan menggoda..Minta izin copy resepi ke blog kita eh untuk buat rujukan kita nanti.

Resepi Kek Gulung Kasih

bahan-bahan :

  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning


cara-cara :

  • Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
  • Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
  • Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
  • Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
  • Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  • Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  • Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
  • Gulung kek dengan kemas.
  • Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
          
            Intinya itu kita buat buttercream, kita amik resepi dari sini. Kita copy and paste kan resepinya lah untuk sesiapa yang mungkin amatur macam kita tak tahu nak buat kan..Tapi kita tambah 1 sudu besar jem strawberi sebab nak rasa cam krim strawberi :)

Buttercream / Krim Mentega

Bahan-bahan
120gm mentega
300gm gula icing - diayak
2 tsp esen vanila

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan pukul hingga rata dan berkrim. Sedia digunakan untuk sapuan pada cupcake.

** icing ini untuk sapuan pada permukaan cupcake dan bukan untuk tujuan menghias.

            Kita rasa mesti sedap kalo tak tergaring..huhuhu..nanti kita cuba lagi okay:)

It's yummy!!

Thursday, March 17, 2011

Mee Goreng Mamak!!!


               Ada gaya mamak????? nan ado..iyer..aku memang nak post resepi failed 2 in a rows..sajerr buat peringatan tuk diri sendiri. anyway, memang susah nak cari resepi mee goreng mamak yang mamak..jgn kata suruh pegi beli kat kedai mamak eh...kalo dah kat malaysia, lama dah aku menapakkan kaki ke kedai..koser aku nak try resepi sinun sini..

             Jadi resepi ni source dari sini. Mungkin aku kot yang tak pandai..atau sebab tak kena dengan selera. Yang pasti ke tong sampah sahaja mi aku nih..huhuhu...

It's ain't yummy!!

Wednesday, March 16, 2011

Mexican Bun!!!


             Okay, ini resepi semalam. Sudah 3 hari tangan tak membaking, jadi gatal je rasa..maka terhasillah mexican bun ni. Kira roti ni ala-ala roti Papa Rich, Rotiboy yang jual RM1.50 sebiji. Alkisah, aku amik resepi ni dari myresipi untuk filling dan topping. Tapi untuk roti, aku guna resepi kak jun.

             Aku tak tahu mana silapnyer, tapi topping dia, tak kasi kesan bau yang mendalam macam roti boy atau Papa Rich. Rupa macam ada lah kan..tapi rasa takder..tak tahu lah aku silap tang mana..huhuhu..tapi roti sebab aku dah kali kedua buat resipi ni, so memang lembut, manis lah.

             So, ala-ala fail the mission lah..just for my note lah entry ni. Kalo nak resepi tekan sajork link yang telah di beri. Anyway, thanks both of them for the recipes.  

It's ain't yummy!!

Saturday, March 12, 2011

Sambal Kering Ikan bilis, Kentang dan Kacang


               I've been craving for this menu for quite sometime. Asik dok terkenang masa zaman student, everytime makan kat kedai, mesti cari menu ni. Masa kat ipoh, kat restoran sabar menanti memang selalu ada menu ni untuk lunch hour. Oleh sebab minat sangat, maka cuba lah buat semalam menggunakan deria rasa ingatan masa makan, sebab tak terpikir pulak nak cari dalam internet. Tapi alhamdulillah, sebab menjadi..mari-mari berkongsi resepi sebelum ingatan aku memudar..hehehe..

Bahan-bahan:

Bahan A
Seraup ikan bilis halus digoreng garing
Sebiji kentang di potong nipis-nipis dan digoreng garing
1 cawan kacang tanah digoreng

Bahan B
Bawang merah 3-4 biji
Bawang putih 2 ulas
Cili kering 10-15 tangkai (ikut kesukaan pedas)

Bahan C
Gula 3 sudu besar flat
Garam
Sos tomato 1 sudu besar
Sos cili 1 sudu besar

Cara-cara:

1. Kisar bahan A dan tumis sehingga naik minyak
2. Masukkan bahan C dan sesuaikan rasa masam manis
3. Pastikan kering sikit tumisan kemudian masukkan bahan A.
4. Kacau sebati dan tunggu 3-5 minit sebelum tutup api.

            Bersama-sama dengan itu, aku buat sayur campur.

Bahan-bahan:

Udang segar kecil 6-10
Brokoli
Bunga kobis
Carrot
Bawang merah 1 biji
Bawang putih  1 ulas
Garam

Cara-cara:

1. Hiris nipis bawang putih dan bawang merah dan tumis.
2. Potong sayur ikut suka.
3. Campakkan udang ke dalam tumisan bawang, tambah 2 sudu besar air.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan sayuran dan kacau kasi rata selama 2-3 minit.

            Itulah resepi tak seberapa dari aku buat kali ini. Sehingga kita bersiaran di esok hari. tata

It's yummy!!