Saturday, April 23, 2011

After Days of Silence..Kuih Seri Muka

            Salam sebagai pembuka kata pada petang hari ini..setelah berkurun senyap sunyi kat blog ini, sedangkan tengah tunggang terbalik kat dapur..hahaha.

             Semenjak dua menjak tetiba teringin nak makan kuih tradisional melayu. Apo lai, menggodek resepi kat internet ini ha..maka terhasil lah kuih muih yang tak seberapa..tapi memang sedap lah..hehehe..

             Mulakan dengan kuih seri muka lah eh..sebenarnya tak sempat nak amik gambar proper sangat sebab dah selamat masuk ke dalam usus..hikhikhik.

Layan kan aje lah gambar yang tak seberapa ini
Resepi asal NanaSham.myresipi
Jumpa dekat dapur cik mat gebu

BAHAN LAPISAN BAWAH :

250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul ~ aku tak letak
Beberapa titik pewarna biru (optional) ~ aku tak letak

BAHAN LAPISAN ATAS :

60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK LAPISAN BAWAH :

Panaskan kukusan
Tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 incii
Tuang bancuhan santan cair dan gaul rata
Letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit.
Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata. (omit) Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata.
Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja).

UNTUK LAPISAN ATAS :

Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas
kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut.
Tapis adunan dan ketepikan.
Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam.
Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil.
Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus.
Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...

~ Aku sukalah resepi ini dan akan membuatnya lagi pada masa akan datang.

It's yummy!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for speaking it out loud!!