Thursday, March 31, 2011

Assorted Rolls @ Milk Buns


           Fuh lama gila tak bersiaran..aceh macam ada yang membaca jer kan..(syok sendiri bole?) anyway, tak sempat nak duduk dan transfer gambar sebab anak-anak tak sihat..sempat memasak..itu pon kena pandai nak mencuri masa..gitulah gayanya duduk di perantauan lah katakan.

           Jadi ini nak sharing dan for my own reminder lah receipe assorted rolls ni.. yang ini buat dah lama dah..ada lah sebulan dua yang lepas..hahhaa..apakah kan lambat gile masuk entry..takper biar lambat asal akhirnya masuk dalam entry :)

          Resepi ini jumpa kat blog kak Jun (Yummylicious). Sebenarnya resepi nya adalah untuk milk buns..tapi aku telah membuat mengikut acuan tekak dan citarasa aku..Itu yang tak semena-mena menjadi assorted rolls tuh. And by the way, menurut kak jun, dia dapat resepi dari sini.

Resepi Milk Buns @ Assorted Rolls

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung roti
3 sudu besar + 2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1 biji telur A
1/2 cawan susu segar
120gm 'tangzhong' ( resipi kat bawah)
2 sudu teh yis
3 sudu besar butter

Cara-cara

Sementelah aku pon takde bread maker, maka menguli guna tangan sajork.
Campurkan semua bahan kering kemudian buat lubang di tengah-tengah, letakkan bahan-bahan basah iaitu telur, tangzhong dan susu segar.
Agak-agak dah nak jadi doh, campur butter.
Uli selama lebih kurang 15-20 minit sampai jadi doh bulat dan licin.
Rehatkan selama 40 minit hingga sejam. Tapi sebab rumah aku ini, sejuk, amik masa dalam dua jam jugak baru doh naik 2 kali ganda.
Bahagi kepada beberapa bahagian, tapi aku memang bahagi 16 lah. Memula bahagi 2, sebelah tu bahagi 2 lagi, dari sebelah yang baru dibahagi, bahagi 2 lagi..ehm kalo paham paham la yer..yang penting sebelah dari yang pertama akan dapat 8 biji..Supaya bila kita bakar,kebesaran dia jadi sedang elok masuk mulut jer, tak de lah gabak sangat..Ini berdasarkan pengalaman beberapa kali menguli lah..kekadang malas, bahagi 4/6..hasilnya, sebiji roti bole makan 3-4 kali..huhu..
Lepas dah bahagi, bentukkan lah seperti mana yang disukai, biar rehat lagi selama 40 minit..tapi aku selalunya tak buat part ini..hehe..





Resepi tangzhong

25gm tepung roti
125ml air

Campurkan n masak atas api sederhana
Kacau hingga pekat dan angkat
Adunan ni cukup-cukup untuk doh resepi ini.
Kalau tak guna,simpan dalam fridge sehingga bertukar warna, bermaksud tak elok sudah.

Untuk membuat bentuk yang pelbagai itu, kita belajar dari blog mamafami.

Sebelum mengundur diri, terima kasih semua yang terlibat, dari resepi sampai ke bentuk roti :) Memang sedap dan lembut roti ini..


It's yummy!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for speaking it out loud!!