Thursday, February 24, 2011

Spaghetti Bolognese Italiano!!!

          Okay yang resepi ini memang aku suka. In fact aku baru buat hari ni,dan dah amik gambar pon. Tapi layan je lah gambar kat bawah ni dulu eh.
                                                  Sila berpuas hati dengan gambar google eh :)

Bahan-bahan: (untuk 6 orang)

Spaghetti 500gm
Daging cincang 500gm
200 ml susu segar
1 labu bawang besar kuning dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 tin sedang tomato puree
4-5 tomato segar ranum didadu
1 batang carrot didadu kecil
2 batang celery didadu kecil
1 tin cendawan butang dihirs (optional)
1 kiub stok daging lembu (optional)
1/2 sudu teh oregano kering
garam dan gula
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar butter
Parmesan cheese untuk hidangan
* ikut resipi asal red wine 200 ml (aku substitute dengan 100ml grape juice, 100 ml vinegar)
* aku guna prego traditional menggantikan tomato puri dan tomato
* aku tak letak celery dan kiub daging lembu

Cara-cara:
1. Rebus spaghetti mengikut instruction yang diberi.
2. Panaskan minyak dan butter kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
3. Masukkan daging cincang sampai perang.
4. Masuk sayur.
5. Masuk susu sampai mendidih dan diserap oleh daging.Masuk wine substitution.
6. Masuk prego @ tomato puri, kemudian garam dan gula secukup rasa.
7. Reneh sampai pekat.

            First time buat aku tak letak substitute red wine manakala second time aku letak substitute. Pendapat aku, lagi sedap yang second time. Rasa macam best gile. hehehe..By the way, aku amik resipi ni dari myresipi.com.my yang mana si pemberi resipi amik resipi dari italian resipi katanya. Tapi, yang penting sedaplah hasilnya. Tekak aku lah :)
It's yummy!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for speaking it out loud!!